,
Antarabangsa

Volvo XC90 Armoured, SUV kalis peluru dan letupan kini boleh ditempah

Erywan
28/06/2019
09:26 MYT
Ia mungkin kelihatan tidak ubah seperti XC90 yang lain, namun seperti yang dicadangkan oleh namanya, Volvo XC90 ‘Armoured’ ini sebenarnya dilengkapi dengan perisai bertaraf VR8 yang kalis peluru dan letupan.
Menurut Volvo, XC90 Armoured mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dibangunkan. Ia adalah berasaskan varian T6 AWD Inscription yang dibina di Torslanda, Sweden.
Selepas siap dipasang di Torslanda, ia akan diterbangkan pula ke Jerman di mana pemasangan perisai akan dilakukan oleh syarikat TRASCO Bremen yang terkenal dengan kepakarannya dalam penghasilan kereta berperisai.
Apa yang menjadikan XC90 ini kebal adalah plat perisai keluli berkekuatan tinggi setebal 10mm dan juga kaca setebal 50mm.
Atas sebab keselamatan, perincian lain tidak didedahkan, tetapi melihat kepada gambar-gambar yang disiarkan, SUV itu nampaknya juga mempunyai engsel pintu yang diperkukuhkan, pemadam api dalam ruang enjin serta pintu kecemasan yang tersembunyi di sebalik kerusi belakang.
Semua perisai dan perlindungan tambahan itu menjadikan XC90 Armoured 1,400kg lebih berat berbanding versi biasa. Dengan lima orang penumpang, berat keseluruhan model ini boleh mencecah 4,490kg.
Secara tidak langsung, sistem suspensi dan sistem brek turut dipertingkatkan bagi memastikan ia boleh menampung berat berlebihan itu. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada enjin turut dinaik taraf atau tidak.
Tempahan bagi XC90 Armoured sudah dibuka, manakala penyerahan akan bermula pada hujung tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Berita Baik Pemilik Volvo, Jenama Itu Lancar Program Jaminan Alat Ganti Kereta Sepanjang Hayat Untuk Pelanggannya

gempak
01/10/2021
04:36 MYT
Pelanggan yang membeli dan memasang alat ganti tulen Volvo melalui wakil pengedar sah Volvo mulai 1 Oktober 2021 akan layak menyertai program itu.
drebar

Volvo XC90 Generasi Baharu Dilengkapi Dengan LiDAR

gempak
08/07/2021
04:19 MYT
Teknologi LiDAR dibangunkan dengan kerjasama Luminar, serta komputer pemanduan autonomi yang dikuasakan oleh sistem Nvidia Drive Orin.
drebar

Ibu Tungga Dan Wanita Luar Bandar Hasil Pelitup Muka Untuk Volvo Car Malaysia

gempak
10/06/2021
02:57 MYT
Projek itu memberi manfaat kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan mengharungi pelbagai kepayahan hidup disebabkan pandemik.
drebar

Volvo C40 Recharge - Model Pertama Yang Dibangunkan Sebagai Kenderaan Elektrik Tulen

gempak
04/03/2021
00:58 MYT
Pengeluar kenderaan dari Sweden itu akan memperkembangkan barisan model elektrik mereka dan ini bermula dengan C40 Recharge.
drebar

Volvo XC40 Recharge T5 R-Design Versi CKD, Harga Bermula RM241,997

gempak
25/02/2021
05:49 MYT
Pengenalan XC40 Recharge T5 R-Design memperkukuh visi Volvo dalam aspek kelestarian, menjadikan satu-satunya jenama automotif di Malaysia dengan rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh.
Unitar