Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wearnes Automotive menang jadi pengedar eksklusif Koenigsegg, Pininfarina dan Rimac

Erywan
11/09/2019 05:08 MYT
Wearnes Automotive, pengedar dan penjual kereta premium di Asia Tenggara bakal menjadi rakan eksklusif kenderaan hypercar menerusi jenama Koenigsegg, Pininfarina dan Rimac.

Syarikat itu kini beroperasi di Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Hong Kong, Taiwan dan Mongolia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andre Roy berkata, tiga jenama itu akan menambah portfolio Divisyen Prestij syarikatnya yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam segmen ultra mewah.

“Kami yakin kehadiran jenama itu akan mengukuhkan lagi posisi syarikat dalam segmen berkenaan,” katanya.

Bagi membantu pengumpul kereta meningkatkan, mengekalkan dan melindungi kenderaan mereka, Wearnes Automotive juga menawarkan tempat simpanan kenderaan yang mana suhunya dikawal dengan optimum. Kenderaan itu disimpan dengan persekitaran yang terjamin sekali gus sesuai bagi jentera edisi terhad atau 'rare'.



Justeru itu, Wearnes Automotive melancarkan Koenigsegg Jesko yang diperkenalkan pada peringkat global pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2019.

Jentera itu dipadankan dengan enjin 5.0 liter twin-turbo V8 yang menghasilkan 1,280hp bagi bahan api standard, manakala E85 biofuel boleh menyalurkan 1,600hp.



Bagi memenuhi keperluan kenderaan elektrik hypercar, syarikat berkenaan akan membawa masuk Pininfarina Battista yang dijangka bakal tiba pada 2020. Ia menyalurkan 1,900hp dengan tork setinggi 2,300Nm.



Bagi model Rimac pula, Wearnes Automotive bakal membawa masuk model Rimac C-Two yang menjadi kenderaaan elektrik hypercar yang paling berkuasa di dunia dan dijangka akan dilancarkan pada tahun depan.

Jentera itu memiliki 1,914hp dengan tork setinggi 2,300Nm yang boleh memecut 0-100km/j dalam 1.85 saat.
#Drebar #Hypercar
;