Yamaha Lagenda 115Z GP, edisi terhad dengan kemasan PETRONAS Yamaha SRT
Erywan
08/12/2019 05:36 MYT
08/12/2019 05:36 MYT
Bagi memperingati pasukan MotoGP pertama Malaysia iaitu PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan edisi terhad menerusi Yamaha Lagenda 115Z GP dengan kemasan PETRONAS Yamaha SRT.
Edisi terhad itu dipadankan dengan penampilan PETRONAS Yamaha SRT dalam Kejohanan MotoGP.
Reka bentuk itu diilhamkan menerusi jentera PERTONAS Yamaha SRT YZR-M1 yang ditunggang Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo dalam MotoGP 2019.
Jentera dengan warna hitam itu, menerima sentuhan pelekat corak jentera PETRONAS Yamaha SRT iaitu hijau muda.
Seperti edisi terhad lain, setiap pembelian Yamaha Lagenda 115Z GP Edition, pemiliknya akan menerima Sijil Pemilikan eksklusif.
Edisi Lagenda 115Z GP akan berada di semua pengedar sah Yamaha dari pertengahan Disember 2019 dan ia dijual pada harga RM5,580.