Antarabangsa
Yamaha lancar motosikal elektrik kelima, EC-05
Yamaha Motor Co Ltd bakal melancarkan skuter elektrik, EC-05 di pasaran Taiwan bermula 1 Ogos 2091.
Skuter elektrik itu adalah hasil kerjasama selepas Yamaha Motor membuat kajian dengan Gogoro Inc bagi perniagaan kenderaan elektrik buat pasaran Taiwan.
Pengenalan jentera itu adalah mahu mensasarkan pengurangan pencemaran karbon dioksida sehingga 50 peratus pada 2050.
EC-05 direka bentuk oleh Yamaha Motor berdasarkan platform jentera keluaran Gogoro. Skuter berkenaan turut boleh menggunakan kemudahan lebih 1,200 penukaran bateri GoStation yang dikendalikan oleh Gogoro Energy Network di Taiwan.
EC-05 adalah motosikal elektrik kelima yang dilancarkan Yamaha selepas Passol pada 2002, EC-02 (2005), EC-03 (2010) dan E-Vino (2014).
Ia akan dijual pada harga NT$99,800 (RM13,332) dan menyasarkan 20,000 jualan selepas setahun dipasarkan.
Must-Watch Video