Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd mengumumkan warna dan corak grafik baharu bagi model Yamaha MT-09 versi keluaran tahun 2020.

MT-09 2020 ditawarkan dengan dua warna iaitu Yamaha Blue dan Ice Fluo. Ia dijual pada harga asas bermula RM48,920 iaitu tanpa cukai jalan, insurans serta nombor pendaftaran.


Biarpun diperkenalkan dengan warna dan corak baharu, harganya masih kekal seperti sebelum ini.

Jentera dua roda kategori naked itu, menggunakan enjin DOHC dengan tiga silinder bersesaran 847cc yang menyalurkan 115PS pada 10,000rpm serta tork setinggi 87.5Nm pada 8,500rpm.


Motosikal dengan berat basah 193 kilogram itu memiliki tangki bahan api sehingga 14 liter, serta menggunakan fork teleskopik di hadapan, manakala suspensi Link Type di belakang.

Jika mahu melihatnya lebih dekat, anda boleh berkunjung ke pusat jualan Yamaha berhampiran bermula esok.