Antarabangsa

Yamaha Tambah Model Naked di Malaysia - MT15 dan MT25

gempak
Erywan
12/09/2020
13:11 MYT
Sponsor Banner
Yamaha Tambah Model Naked di Malaysia - MT15 dan MT25
Selepas berkapasiti besar, kini tiba pula giliran enjin bersesaran kecil untuk model naked Yamaha diperkenalkan menerusi Yamaha MT25 dan MT15 bagi pasaran Malaysia.
Kehadiran model itu memberi sedikit ruang bagi mereka yang mahukan motosikal dengan menampilkan imej naked.
Yamaha MT25
Bagi model MT25, ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blue yang dijual pada RM21,500 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.
Lebih menarik lagi, pelanggan terawal akan menerima rantai MT-25 First Edition yang dihasilkan oleh Royal Selangor. Bagi membolehkan lebih ramai peminat memilikinya, anda boleh mendapatkan pinjaman daripada AEON Credit pada kadar faedah 6 peratus sahaja.
Naked itu menggunakan enjin 249cc yang menyalurkan 35.5hp pada 12,000rpm dengan tork mencecah 23.6Nm pada 10,000rpm.
Kuasa itu disalurkan ke tranmisi enam kelajuan dengan mempunyai berat basah sehingga 169kg. Ia menggunakan kerangka jenis Diamond yang mana sistem suspensi hadapan menggunakan fork terbalik.
Bagi kuasa hentiannya, ia dilengkapi dengan cakera brek bagi hadapan dan belakang. Selain itu, ia menggunakan rim 17 inci padanan tayar 110/70R17 bahagian hadapan, manakala belakang bersaiz 140/70R17. Bagi memberi jarak tunggangan lebih jauh, jentera itu didatangkan dengan tangki bahan api berkapasiti 14 liter.
Yamaha MT25 ini akan mula berada di pengedar Yamaha 18 September ini.
Yamaha MT15
Ini adalah model paling kecil bagi keluarga MT. Ia akan mula berada di pasaran November 2020 dan buat masa ini harganya masih lagi belum diumumkan.
Apa yang menariknya, model MT15 itu dipadankan fork terbalik dengan kemasan emas dan berbeza MT25 hadir warna hitam.
Ia menggunakan enjin bersesaran 155cc dengan kuasa difahamkan menyalurkan 18.5hp. Pada masa sama, ia menggunakan transmisi enam kelajuan seperti abangnya iaitu MT25.
Cuma ada sedikit perbezaan, di mana tangki bahan apinya hanya 10 liter dan sedikit kecil berbanding MT25. Berdasarkan MT15 yang dipertontonkan kepada media, ia turut mempunyai warna sama seperti MT25 iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blue.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live