Yamaha Vietnam Lancar Warna Ikonik Untuk Exciter 155 VVA Sempena Ulang Tahun Ke-60 Jenama Itu
Erywan
06/09/2021 08:57 MYT
06/09/2021 08:57 MYT
Sempena menyambut ulang tahun ke-60, Yamaha Motor Vietnam memperkenalkan Yamaha Exciter 155 VVA dengan warna legenda merah putih dengan rim aloi warna emas.
Sekali imbas, ia kelihatan seperti warna Yamaha RX-Z Energy yang ada di pasaran Malaysia. Warna badan putih dengan merah berpetak pada bahagian sisinya.
Bagi Yamaha Exciter 155 VVA itu, petak merah bermula pada bahagian belakang sampai pada bahagian depan. Cuma pada bahagian hendal, terdapat satu jalur kuning dan kelabu.
Dari segi prestasinya, ia masih menggunakan enjin sama yang dipadankan sesaran 155cc dengan teknologi VVA dengan sistem penyejukan cecair. Ia menyalurkan kuasa 17.7hp dan tork maksimum 14.4Nm dengan dipadankan kotak gear enam kelajuan.
Bahagian meter di kepalannya pula, ia dipadankan dengan ciri digital LCD baru yang menyalurkan pelbagai maklumat membabitkan kelajuan, rpm serta posisi gear.
Untuk pengendaliannya, ia menggunakan fork hadapan pula ditala semula untuk menjadi lebih tinggi 10 mm (kini 100 mm). Monoshock belakang pula didatangkan dengan pelindung baru.
Kuasa hentiannya diberi kepercayaan kepada brek cakera di hadapan dan belakang. Rodanya pula dilengkapkan dengan rim 17 inci dengan tayar 90/8 di hadapan dan 120/70 di belakang. Dari segi harga, Yamaha Exciter 155 VVA dengan warna ikonik ini dijual pada 51,990,000 dong (RM9,470).