Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan Yamaha YZF-R15 dengan warna baharu membabitkan biru dan hitam.
Selain masih mengekalkan reka bentuknya seperti sebelum ini, enjin juga masih menggunakan rangkaian kuasa satu silinder 155cc, sejukan cecair, dengan teknologi VVA. Enjin itu mampu menyalurkan output sebanyak 19.3hp dan tork mencecah 15Nm.
Transmisi pula dibekalkan dengan kotak gear enam kelajuan bersama klac jenis slipper & assist secara standard.
Ia dilengkapi tayar lebar bersaiz 100/80-17 di depan, manakala belakang dengan 140/70-17 yang masing-masing dilengkapi brek cakera berdiameter 282 mm serta 220 mm.
Jentera yang menggunakan kerangka Deltabox dan lengan ayun aluminium mempunyai kapasiti bahan api sehingga 11 liter dengan keseluruhan 137kg.
Meter kelajuan adalah paparan digital yang dilengkapi informasi seperti kadar rpm, kelajuan, odometer, penggunaan bahan api, kedudukan gear, tahap minyak dan lampu amaran.
Harganya pula, ia dijual bermula RM11,988 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Ia juga didatangkan dengan tempoh jaminan dua tahun atau 20,000km.
Erywan
Thu Oct 22 2020
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.