Bagi peminat motosikal yang mahu memiliki jentera gaya superbike dengan harga mampu milik tanpa memerlukan lesen B Full, Yamaha YZF-R25 adalah pilihan sesuai.

Ini kerana rekaannya yang sedia asal tampak garang tidak perlu dimodifikasi terlalu ekstrem bagi menyalurkan imej superbike sebenar.

Seperti jentera milik R25 Owner Club (ROB #255) Khizral Mohd Yusup dari Sungai Petani, Kedah, jentera buatan 2016 sudah cukup sedap mata memandang dengan modifikasi yang sederhana.

Apa yang dilakukan dan diubahsuai? Bahagian enjin DiASil dua silinder sebaris ini sebenanrnya langsung tidak diusik, sebaliknya hanya menggunakan sistem ekzos SC Project untuk menambahkan sedikit kuasa pecutan.

Pemiliknya beranggapan bahawa kuasa jentera itu sudah pun memadai biarpun dalam kondisi standard.

Namun bagi menyerlahkan gaya seperti jentera SBK, penampilan luaran perlu ditambah dengan pelbagai aksesori.

Paling menarik adalah penampilan luaran dengan kehadiran tema Fiat Design yang dicat menerusi Teknik semburan angin di Sky Vision Motor di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pelbagai aksesori lain turut kelihatan seperti pendikit minyak Domino, Slider Guide Rizoma, pelindung enjin dan radiator.

Selain itu, ia juga menggunakan signal belakang Koso, lampu brek kecemasan kustom dan beberapa aksesori lain dari jenama Racing Boy (RCB) seperti batang hendal dan tuil brek.

Dengan hanya bermodalkan sekitar RM6,000, jentera yang anda lihat ini sudah pun tampak menarik tanpa perlu mengeluarkan modal besar dalam menjelmakan jentera berkonsep SBK.

Baca juga:

>>Triumph klasik berkonsep Reversehead Street Racer.

>>HD Road Glide gaya US Bagger.