Tempatan
Yamaha YZF-R25 2021, Tiada Warna Perak Kusam Tetapi Ditukar Kepada Metallic Cyan
Sempena tahun baru, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd memperkenalkan Yamaha YZF-R25 versi 2021 dengan warna dengan corak grafik baharu.
Bagi memberi pilihan, Yamaha YZF-R25 turut didatangkan dengan warna Metallic Cyan untuk menggantikan warna perak kusam (Matte Silver) 2020. Untuk warna biru, ia masih lagi ditawarkan seperti sebelum ini.
Buat masa ini, jentera itu sudah pun berada di pasaran dan setiap pembelian akan diberikan brek cakera Yamaha yang bernilai RM100. Harganya pula, ia dijual pada harga asas iaitu RM19,998 yang sama seperti sebelum ini.
Spesifikasi lain masih kekal sama dengan menggunakan enjin dua silinder selari bersesaran 249cc DOHC dengan kotak gear enam kelajuan. Ia menghasilkan 35.5hp pada 12,000rpm dan 22.6Nm tork pada 10,000 rpm.
Suspensi hadapan menggunakan fork terbalik, manakala belakang jenis monoshock. Ia juga dipadankan tangki bahan api 14 liter, panel instrumen LCD digital penuh dan lampu penukar gear.