Tempatan

Zeekr 001-Kereta Elektrik Berkuasa 536HP Di Bawah Geely Bakal Lancar Oktober Ini

gempak
Erywan
14/06/2021
04:24 MYT
Sponsor Banner
Zeekr 001-Kereta Elektrik Berkuasa 536HP Di Bawah Geely Bakal Lancar Oktober Ini
Zeekr jenama di bawah syarikat konglomerat Geely memperkenalkan kenderaan pertama mereka Zeekr 001 yang digelar sebagai “world’s first mass produced pure electric shooting brake".
Zeekr 001 adalah versi pengeluaran model konsep Lynk & Co Zero diperkenalkan tahun lalu dan dibangunkan dengan slogan tiada lagi kenderaan elektrik yang membosankan.
Bagaimanapun Zeekr tidak menjelaskan dengan terperinci berkaitan rekaan produk pertama mereka, tetapi mengesahkan 001 memiliki teknologi pengecaman wajah yang mengesan pemandu dan melaraskan tetapan kenderaan mengikut kesesuaian pemilik.
Perubahan lain termasuklah sensor baharu pada fender depan dan bar lampu belakang yang dikemas kini dan lencana Zeekr menggantikan nama Lynk & Co. Dari segi saiz model itu memiliki panjang 4970mm dan jarak roda (3005 mm). Ini bermakna kenderaan tersebut lebih panjang 8mm dari Porsche Taycan dan jarak roda 104mm lebih panjang.
Masuk ke kabin, tersedia kluster instrumen digital dan sistem hiburan yang besar di tengahnya. Kemasan geometri dipadukan dengan pencahayaan suasana dan aksen dua rona warna. Ruangan kargo Zeekr 001 seluas 2,144 liter mampu memuatkan barangan penumpang penuh.
Berasaskan platform SEA Geely, Zeekr 001 memiliki dua motor elektrik yang menawarkan pacuan semua roda menggabungkan output 536 hp dan tork 700+Nm. Ini membolehkan kenderaan tersebut memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj.
Pek bateri pula menggunakan kapasiti 86 kWh dan 100 kWh yang menawarkan perjalanan sejauh 700km dengan sekali isian penuh. Sementara pengecasan pantas memiliki kapasiti sehingga 360 kW dengan perjalanan sejauh 120 km selepas 5 minit pengecasan. Zeekr 001 juga didatangkan dengan suspensi udara yang menawarkan jarak kelegaan tanah antara 117 hingga 205mm.
Zeekr 001 bakal dilancarkan di China pada October depan dan syarikat berkenaan dalam proses membangunkan rangkaian wakil jualan yang mana tahun ini dua flagship Zeekr bakal ditawarkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live