Skip to main content

Viral

#Eksklusif: Bekas Atlet Anas Zul Amirul Sidi Sangkal Dakwaan Bekas Isteri, Ada Kisah Di Sebalik Sinki Retak & Pintu Pecah - “Saya Dah Buat Laporan Polis”

Anas Zul Amirul Sidi

Sekilas

  • Anas Zul Amirul Sidi menafikan semua dakwaan bekas isterinya, termasuk kerosakan sinki, pintu rumah, dan keinginan seksual yang tinggi.
  • Anas menjelaskan kerosakan sinki berlaku akibat dia tergelincir dan menafikan dakwaan peti ais kemek serta masalah nafkah dan harta lain.
  • Beliau telah membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isteri kerana kenyataan yang dianggap memalukan dan merosakkan reputasinya.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan bekas isteri, pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN iaitu Anas Zul Amirul Sidi tampil menyangkal semua dakwaan terhadap dirinya.  

 

Anas menjelaskan ada kisah disebalik sinki retak dan pintu pecah namun ia bukan seperti yang didakwa bekas isteri, Suffi Sofea. 

 

“Saya memang menafikan semua dakwaannya terhadap saya. Untuk bukti gambar sinki pecah itu, bukan disebabkan perkara itu. Sinki itu tak pecah, saya tergelincir dan berpaut pada sinki. 

 

“Jadi, sinki itu jadi retak. Kalau sinki pecah, mesti pecah sepenuhnya. Fasal peti ais kemek itu pun tak ada bukti. Kalau dia rasa benda itu betul, keluarkan gambar. 

 

“Yang fasal pintu rumah pecah pula, disebabkan dia menjaja aib saya dan berlaku pergaduhan. Saya pun ada buat laporan polis sehari selepas kami berpisah. 

 

“Masa itu dia tak beri kerjasama, jadi saya pecahkan pintu dan tanya kenapa dia menjaja aib saya,” katanya kepada Gempak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Atlet Dedah Penderitaan Sepanjang Perkahwinan - “Dah 4 Tahun Kahwin Baru Aku Sedar…”

Anas turut menafikan dakwaan dia mempunyai keinginan seksual yang sangat tinggi seperti yang didakwa Suffi Sofea. 

 

“Yang kata tiga ke empat round itu… astaghfirullah. Itu memang saya menafikan. Kalau saya ini gila seks la kan, saya rasa saya akan kahwin dua, tiga, empat orang. 

 

“Tapi tidak… saya memang menafikan dakwaan itu. Kalau nak diceritakan, dia bagi nafkah batin pada saya pun beberapa minggu sekali. Lagipun perkara itu aib,” ujarnya.

 

Menurut Anas lagi, kenyataan melibatkan hubungan intim itu telah memalukan dirinya selain merosakkan nama serta kerjayanya sebagai jurulatih perenang. 

 

“Apa yang dikongsikan itu sangat memalukan saya… selain merosakkan kerjaya saya sebagai seorang jurulatih perenang. 

 

Dia juga telah merosakkan nama baik saya sebagai bekas atlet negara. Selepas dia buat kenyataan itu, satu Malaysia menganggu saya, kerjaya dan keluarga saya,” katanya lagi. 

 

Justeru itu, Anas telah membuat laporan polis terhadap kenyataan bekas isterinya menerusi laman sosial selain sudah berbincang dengan peguam untuk memberi notis tuntutan (LOD). 

 

“Saya pun dah buat laporan polis dan jumpa peguam untuk keluarkan LOD. Saya ada dua laporan polis terhadap diri dia. 

 

“Dia pun dah kaitkan isteri baru saya, dengan kenyataannya itu juga melibatkan ibu bapa saya. Jadi, see you in court!” katanya.

 

Dalam pada itu, Anas turut menafikan dakwaan melibatkan nafkah, telefon bimbit dan motosikal. 

Must-Watch Video

Advertisement