Skip to main content

Market Trends

Anis Dan Rafzan Sah Suami Isteri Dengan Dua Kali Lafaz

anis-01.jpg

Dengan dua kali lafaz, pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus, 29, selamat bergelar isteri Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35, pada jam 9.40 malam, tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus dihadapan imam dan jurunikah Masjid Al-I'Tisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib.

Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan.

Pasangan itu disatukan dalam majlis yang diadakan De'Laman Event Space, Shah Alam di sini.

Advertisement

Pada majlis pernikahan itu Anis menerima mas kahwin berupa satu set barang kemas dan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya.

Anis juga menerima barangan hantaran sebanyak tiga dulang berbalas lima dulang.

Pakai mahkota bernilai ratusan ribuan ringgit.

Pada hari berbahagianya itu, pasangan raja sehari berseri-seri dalam persalinan rona putih.

Penampilan Anis turut dilengkapi mahkota tajaan Habib yang dilaporkan bernilai ratusan ribu ringgit.

Pernikahan mereka turut disaksikan 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Doakan jodoh berpanjangan.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu dalam satu majlis tertutup.

Anis bersyukur kerana majlis pernikahan itu berjalan lancar.

"Doakan jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat", katanya.

Must-Watch Video