Skip to main content

Market Trends

IM4U FM Cari Penyampai Radio!

im4ufm.jpg

Adakah anda pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penyampai radio? Anda mempunyai minat yang mendalam dalam komunikasi dan radio tetapi tidak mempunyai peluang untuk menonjolkannya? Kini masa untuk anda menyerlah bakat anda di iM4U fm Mic Drop yang berlangsung sepanjang bulan Ogos ini!

iM4U fm Mic Drop adalah inisaitf untuk mencari bakat-bakat baru di seluruh Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai radio serta sesuai menjadi salah seorang ahli keluarga iM4U fm yang bersemangat dan berperwatakan menarik. Jangan risau; uji bakat ini terbuka kepada semua orang.

 

Kau rasa kau mampu? Jumpa kami di lokasi-lokasi ujibakat yang tertera diatas #iM4UfmMicDrop #iM4Ufm #1079fm #iM4U

A post shared by iM4U Radio 107.9 fm (@im4ufm) on

 

Advertisement

Sesi uji bakat akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini! Serlahkan bakat anda di lokasi uji bakat terpilih! Bagi setiap lokasi, pendaftaran akan bermula dari jam 11 pagi dan sesi uji bakat akan bermula pada jam 1 petang.

Lokasi sesi ujibakat:

  1. 5 Ogos 2017 – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur [KLCC] (Mega Careers & Study Fair 2017)
  2. 6 Ogos 2017 – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur [KLCC] (Mega Careers & Study Fair 2017)
  3. 9 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah AEON AU2
  4. 12 Ogos 2017 – Sunway Pyramid
  5. 16 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah SACC
  6. 19 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah Paradigm

Peserta uji bakat perlu membawa 3 keping gambar berukuran 3R, 3 salinan resume serta berpakaian kemas dan menarik. Sekiranya anda tidak dapat hadir ke lokasi uji bakat terpilih, anda masih boleh menghantar penyertaan anda! Hantarkan video uji bakat anda di nombor Whatsapp iM4U fm iaitu 013 – 3441079 atau kongsikan ke Facebook iM4U fm (iM4Ufm) dan juga Instagram (im4ufm)! Jangan lupa untuk menggunakan hashtag iM4U fm Mic Drop (#iM4UfmMicDrop) bagi memudahkan mereka untuk melihat video uji bakat anda! Selamat mencuba.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video