Skip to main content

Market Trends

Selepas Jual Tudung, Neelofa Kini Jadi Barista

neelofa.jpg

Berita baik buat penggemar kopi, kini anda boleh menikmati minuman kopi yang dibancuh khas oleh usahawan, pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa!

Neelofa jadi barista Starbucks.

Bakal bekerjasama dalam kempen 'MY Cups of Kindness', anda boleh ke Starbucks Reserve™ Store, Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini, bermula jam 3 petang untuk bertemu dengan Neelofa.

 

Advertisement

Menerusi laman Instagram Neelofa, dengan setiap pembelian minuman Starbucks baharu, Apricot/Peach Yoghurt Frappuccino atau Ruby Grape Frappuccino, 50 sen akan didermakan kepada badan kebajikan pilihannya.

 

Bila lagi nak rasa air tangan Neelofa bancuh minuman Starbucks anda sambil beramal kan? Jom serbu Starbucks Reserve™ Store, Hotel Four Seasons pada 1 Ogos ini dan jangan lupa selfie sekali ya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video