Skip to main content

Business News

Model Sambilan Lawan Arus Didakwa

amoi.jpg
Model sambilan yang terbabit kemalangan akibat memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Permatang Pauh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

Tertuduh, Ng Pei Ven,19, tidak diwakili peguam mengaku faham atas pertuduhan dan minta dibacarakan. Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret, Jamaliah Abdul Manap kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mei depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin. Dia juga diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis terdekat setiap minggu, seperti dilaporkan Utusan Online.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohanan Pegawai Pendakwa Mahkamah, Md Azman Kadir agar lesen memandu tertuduh digantung kerana dia masih belum didakwa dan disabitkan kesalahan memandu secara berbahaya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video