Skip to main content

Business News

Penghargaan Buat Kerajaan Malaysia Dalam Rundingan Bebaskan 9 Warganegara

koreamangsa.jpg

Sembilan rakyat Malaysia di Korea Utara yang sebelum ini dihalang untuk pulang ke tanah air akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Pyongyang jam 5 pagi tadi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bersama ahli keluarga rakyat Malaysia itu menyambut ketibaan rombongan itu terdiri daripada Kaunselor Kedutaan Malaysia, Mohd Nor Azrin Md Zain, 37 bersama isteri, Iza Karmila Ramli, 35 dan tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5 dan Ayscha Zinnirah, 3 serta Noor Saaidah Jamaluddin, 29, (Pembantu Peribadi Duta Besar) bersama suaminya, Mohd Radzuan Othman, 29 dan anak mereka, Mohamad Radhiy, lapan bulan termasuk Pegawai Tadbir, S Nirmala Malar Kodi, 45.

Advertisement

Kepulangan mereka dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi laman blognya, najibrazak.com, malam tadi menyatakan warga Malaysia itu berlepas dari Pyongyang jam 7.45 malam (waktu Malaysia), semalam. Beliau turut menyatakan penghargaan pada kerajaan Malaysia diketuai Anifah dalam rundingan membebaskan rakyat negara ini dari sana.

Tambahnya, beliau mengambil berat perkara ini secara peribadi dan berusaha secara intensif untuk mencapai hasilnya meskipun berdepan banyak rintangan dalam usaha membawa balik rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Malah, beliau juga menyatakan faktor keselamatan rakyat Malaysia ini menjadi keutamaan padanya.

"Kita juga membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan Malaysia. Dalam pada itu, berdasarkan autopsi dan surat daripada keluarga (mangsa Kim Jong-nam) meminta mayat dibawa pulang ke sana dan ia sudah disahkan koroner. Kerajaan percaya terhadap prinsip keadilan dan kedaulatan.

"Siasatan polis terhadap jenayah serius ini akan diteruskan dan saya sudah mengarahkan semua perkara diambil dalam memastikan pembunuh dibawa ke muka pengadilan. Sebagai Perdana Menteri, saya bersyukur rakyat Malaysia bersatu dalam menangani krisis ini dengan semangat Negaraku. Ia menunjukkan apa yang kita boleh lakukan untuk negara apabila kita bekerjasama menjadi satu," katanya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video