Skip to main content

Business News

Penjamin Sosial Kini Selamat Daripada Bankrap

penjamin.jpg

Jika sebelum ini penjamin sosial sering menjadi mangsa diisytihar bankrap kerana peminjam gagal melangsaikan hutang tetapi kini, mereka terselamat selepas pindaan baru Akta Kebankrapan 1967 diluluskan di Parlimen, semalam.

Sebanyak lapan pindaan dipinda antaranya tindakan kebankrapan tidak boleh diambil terhadap penjamin sosial yang juga individu yang menjadi penjamin kepada pinjaman yang bukan bertujuan keuntungan seperti pendidikan, pinjaman sewa beli kenderaan untuk kegunaan sendiri dan pinjaman perumahan persendirian.

Advertisement

Pindaan lain turut membabitkan perkara menaikkan nilai minimum kebankrapan, seseorang yang bankrap boleh dilepaskan awal daripada status kebankrapan selepas tempoh tiga tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal, menetapkan keutamaan penyampaian Notis Kebankrapan dan Pertisyen Kebankrapan secara personal atau pos berdaftar dengan akuan terima penghutang, mewujudkan Mekanisme Penyelamat dan memperkenalkan sistem satu perintah menggantikan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman.

Menariknya, laporan Utusan Online juga menyatakan Kumpulan Wang Bantuan Insolvensi akan diwujudkan dan pelepasan bankrap tanpa prosedur bantahan daripada pemiutang terhadap golongan bankrap yang ditetapkan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video