Sekilas
- Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi rasa kerisauan tentang status bujangnya yang masih belum berkahwin pada usia 27 tahun.
- Dia mengakui kadangkala terasa 'trigger' apabila melihat pasangan bahagia dan berharap untuk merasai pengalaman cinta yang sama.
- Ezzanie juga mendedahkan pernah merancang untuk berkahwin pada usia 22 atau 23 tahun, namun jodoh tidak menyebelahi dan kini dia masih menanti takdirnya.
Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan rasa kerisauan terhadap statusnya yang masih bujang dan belum berkahwin itu selepas mengenangkan usianya yang semakin berinjak.
Menurut perkongsian di Threads, Ezzanie atau nama lengkapnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny mengakui bahawa ada kalanya dia menjadi 'trigger' selepas melihat pasangan bahagia kerana mengenangkan dirinya tidak berpeluang melalui pengalaman yang sama.
"Di umur saya 27 tahun ini, saya masih tidak ada pasangan dan tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan saya. Kebanyakkan hari, saya rasa okay sahaja. Saya ikut rentak saya tetapi kadangkala benda kecil pun boleh trigger saya.
"Antaranya seperti nampak pasangan sedang bahagia dan membina hidup bersama. Perkara itu amat memberi kesan pada saya kerana saya juga ingin merasai perasaan tersebut,"tulisnya.
"Di sudut hati saya, saya inginkannya. Saya juha mahu mencintai dan dicintai dan mendapatkan perkara yang sememangnya wujud. Cuma, saya tak tahu adakah ia ditakdirkan untuk saya,"ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Impiana Karma itu turut berkongsi bahawa dia pernah menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya pada usia 22 atau 23 tahun, namun takdir tidak menyatukan mereka berdua.
"Dulu, saya pernah merancang untuk menikah dengan bekas kekasih pada umur 22 atau 23. Namun, jodoh kami tidak kesampaian. Jadi, tidak mengapalah. Kemudian, saya sasar pula pada umur 25 dan tahu-tahu sekarang saya sudah berusia 27 tahun. Agak merisaukan sebenarnya,"luahnya.