Famili

Emma, Chacha, Yaya Maembong Ajak Bercuti Ke Pulau di Terengganu

gempak
Ahmad Shah
11/12/2015
09:43 MYT
Sponsor Banner
Emma, Chacha, Yaya Maembong Ajak Bercuti Ke Pulau di Terengganu
Sempena cuti umum yang panjang hujung Disember ini, ramai keluarga sudah merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti.
Tidak kira dalam atau luar negara, percutian yang dirancang pasti akan memberi kenangan dan pengalaman terindah.
Bercerita mengenai percutian, adik-beradik Maembong, Emma, Chacha dan Yaya juga mempunyai pengalaman bercuti bersama di beberapa pulau terkenal di negeri kelahiran mereka, Terengganu.
Ketiga-tiga mereka berkongsi minat yang sama iaitu menyelam. Oleh itu pulau menjadi destinasi yang membolehkan mereka melakukan aktiviti laut bersama.
Jom kita dengar pengalaman mereka bercuti di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas.
Pulau Perhentian
Chacha: Pulau Perhentian memang jadi tempat kegemaran Chacha kalau ingin pergi bercuti. Bukan Chacha sahaja, Emma dan Yaya pun gila laut. Kalau stress, kami ke Pulau Perhentian kerana tempat tersebut sesuai untuk orang-orang muda yang mahukan percutian bajet.
Emma: Saya cadangkan kalau pergi ke Terengganu, bercutilah ke pulau-pulau di sana yang sememangnya indah dan dapat memberikan ketenangan.
Pulau Redang Chacha: Bagi Chacha, pulau ni sesuai dijadikan tempat percutian seisi keluarga.
Yaya: Kami adik beradik memang gemarkan aktiviti laut seperti menyelam. Jadi Pulalu Redang memang jadi tempat ‘favourite’ kami untuk melakukan aktiviti tersebut. Seronok kerana airnya sangat jernih ‘crytal clear’.
Pulau Kapas Yaya: Pulau Kapas paling dekat dengan Kuala Terengganu. Dari tepi jeti saja, kami sudah nampak pulau tersebut. Naik bot pun setengah jam sahaja. Jadi kalau rasa teringin sangat nak menyelam dan menikmati keindahan alam semula jadi, bolehlah pergi ke Pulau Kapas kerana ia lebih dekat.
Chacha: Saya tidak pernah ke Pulau Kapas lagi, tetapi apa yang saya dengar, ia adalah pulau yang paling kerap dikunjungi orang-orang di Terengganu kerana ianya paling dekat dengan kampung kami di Kuala Terengganu.
Nota: Dinasihatkan supaya pembaca tidak pergi bercuti ke pulau dan laut pada bulan November sehingga Mac kerana dalam tempoh tersebut merupakan musim tengkujuh di Pantai Timur.
Artikel Oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024