Famili
Emma, Chacha & Yaya Maembong Bakal Tinggal Di Banglo RM3 Juta!
Buat pertama kalinya kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong akan disingkap menerusi sebuah program realiti digital berjudul The House.
The House yang mempunyai 10 buah episod keseluruhannya akan disiarkan menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang bermula 28 Oktober 2015.
Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, tiga beradik selebriti popular itu dipilih kerana mempunyai pengaruh yang kuat di media massa terutamanya di jaringan media sosial selain kehidupan keluarga mereka merupakan antara carian tertinggi utama di laman sesawang.
“Emma Maembong contohnya telah mencapai jumlah pengikut yang sangat tinggi iaitu seramai satu juta di laman instagramnya. Tidak kurang juga dikuti Chacha Maembong dan Yaya Maembong.
“Latar belakang mereka juga merupakan suatu retorik di dalam program ini iaitu sebagai anak seniman serta pelukis negara iaitu Ismail Embong.
“Melihat kepada populariti yang mereka miliki, kami yakin program The House bakal memikat hati para peminat yang pastinya berasa teruja untuk mengenali mereka dengan lebih dekat sekaligus mencipta fenomena baru dalam industri kandungan hiburan digital tanah air,” katanya kepada Astro Gempak.
Menariknya trio ini bakal disatukan atau ditempatkan di dalam sebuah banglo bernilai RM3 Juta. Di sana peminat dapat mengenali selebriti kesayangan mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini.
Sepanjang mereka berada di dalam The House, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat.
Setiap episod akan memberikan nilai-nilai murni kekeluargaan dan kemanusian kepada penonton dan juga keluarga artis itu sendiri.
Uniknya lagi, para penonton juga berpeluang untuk berinteraksi bersama selebriti kesayangan mereka menerusi ruangan ‘Chat’ di portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my.
Bukan itu sahaja, mereka juga boleh dapatkan informasi terkini mengenai The House termasuk foto dan video eksklusif untuk dimuat turun.
The House bakal disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang bermula 28 Oktober 2015 dan diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam bermula 2 November 2015.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video