Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Famili

The House: 200,000 Tontonan Dalam Beberapa Jam, Maembong Girls Jadi Viral

Ahmad Shah 30/10/2015 | 08:46 MYT
Pengaruh media sosial tiga adik-beradik Maembong iaitu Emma, Yaya dan Chacha telah menjadi faktor utama program realiti digital berjudul The House menjadi viral sehingga ia berjaya mencatat 200,000 ribu tontonan selama satu hari menerusi tayangan episod pertama bermula sejak Rabu, 28 Oktober lalu.

The House yang menampilkan kehidupan Emma Maembong , Chacha Maembong dan Yaya Maembong tiga beradik di dalam sebuah rumah banglo di tepi tasik itu telah disiarkan menerusi laman web www.thehouse.com.my di portal Astro Gempak.

Menerusi The House, peminat berpeluang untuk melihat serta menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara ketiga-tiga beradik tersebut selepas sekian lama menjalani kehidupan masing-masing.

The House turut mendapat sambutan dan respon positif daripada pengguna laman sosial yang menonton dan menggemari program realiti tersebut.

Berikut adalah respon daripada peminat yang menonton:

Trio ini disatukan atau ditempatkan di dalam sebuah banglo bernilai RM3 Juta. Di sana peminat dapat mengenali selebriti kesayangan mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini.

Sepanjang mereka berada di dalam The House, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat.

#Gaya Hidup #TheHouseMY
;