Skip to main content

Selebriti

Fazura Pernah Jadi Saksi Cinta Rosnani Jamil & Allahyarham Jamil Sulong - “Semoga Saya Dapat Nikmati Kebahagiaan Yang Sama”

Astrogempak

Sekilas

  • Pelakon Nur Fazura berkongsi pengalaman menjadi saksi kasih sayang antara Datuk Rosnani Jamil dan arwah suaminya, Datuk Jamil Sulong.
  • Fazura memuji cara pasangan itu sentiasa bertolak ansur, menjaga antara satu sama lain, dan menunjukkan sikap romantis sepanjang hayat mereka bersama.
  • Dia turut mendoakan agar suatu hari nanti dapat menikmati kebahagiaan rumah tangga seperti pasangan tersebut, mendapat sokongan doa daripada netizen.

Pelakon Nur Fazura berkongsi bahawa dia menjadi saksi kepada hubungan penuh kasih sayang antara bintang legenda Datuk Rosnani Jamil dan arwah suaminya, Datuk  Jamil Sulong.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura meluahkan rasa kagum melihat cara pasangan tersebut saling menyayangi dan menjaga antara satu sama lain sepanjang hayat mereka bersama.

“Saya sayang Mak. Al-Fatihah buat Allahyarham Abah. Saya menjadi saksi betapa penyayangnya kalian sewaktu Abah masih ada.

“Abah dan Mak sentiasa bertolak ansur, saling menjaga, sentiasa berdua dalam apa jua yang dilakukan, romantis serta lembut dalam pertuturan,” tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Pisau Cukur itu turut menzahirkan doa agar suatu hari nanti dia juga ingin menikmati kebahagiaan rumah tangga seperti yang dilihat pada pasangan berkenaan.

“Masya-Allah, semoga satu hari saya juga dapat menikmati kebahagiaan seperti itu. Amin,” ujarnya.

Perkongsian Fazura itu meraih perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut mendoakan agar pelakon tersebut dipertemukan dengan kebahagiaan dan cinta sejati suatu hari nanti.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement