Skip to main content

Selebriti

Fify Azmi Akui Sudah Move On, Dedah Sebab Baru Sekarang Muat Naik ‘Screenshot’, – “Saya Dah Tak Nak Dia Lagi”

Bakar isteri

Sekilas

  • Fify Azmi menjelaskan dia tidak pernah minta orang berpihak kepadanya, cuma mahu betulkan naratif yang salah mengenai dirinya.
  • Dia akui proses move on bukan mudah terutama bila pernah menyayangi sepenuh hati, dan hanya berkongsi tangkap layar selepas lama berdiam diri.
  • Fify tegaskan dia sudah move on dan tidak berniat untuk kembali bersama individu terbabit walaupun mahu melindungi kebenaran.
Advertisement

Pelakon, Fify Azmi mencuri perhatian ramai selepas tampil memberi respons terhadap hantaran seorang netizen yang mempersoalkan mengapa individu yang digelar ‘FA’ masih memuat naik tangkap layar perbualan sedangkan dirinya didakwa sudah move on.

Menerusi perkongsian di Threads, Fify menjelaskan bahawa dia tidak pernah meminta sesiapa untuk berpihak kepadanya, sebaliknya hanya mahu menjelaskan perkara sebenar dan membetulkan naratif yang dianggap tidak tepat.

Advertisement

“Saya tak meminta sesiapa pun berpihak pada saya. Orang bebas untuk percaya apa sahaja yang mereka mahu.

“Saya merasakan jika nama saya terlibat dalam mana-mana naratif, saya ada hak untuk bercakap perkara yang benar dari pihak saya. Jadi, saya dah move on daripada orang itu, tetapi saya masih belum boleh melupakan kebenaran,” tulisnya.

Dalam masa sama, Fify turut menjelaskan bahawa proses untuk move on bukanlah sesuatu yang boleh berlaku dalam sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu pernah menyayangi pasangannya sepenuh hati.

Malah, dia mengakui hanya berkongsi tangkap layar tersebut selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri.

“Tetapi bila awak sudah sayang seseorang sepenuh hati, healing bukanlah sesuatu yang boleh dibuat dalam masa sehari. Melepaskan seseorang dan memilih untuk tidak bersama dengannya adalah satu perkara. Membiarkan naratif yang salah terus berlegar pula adalah perkara yang berbeza.

“Saya tak post screenshot tersebut sebelum ini kerana saya sedang bertahan. Saya post bila dah sampai satu tahap di mana berdiam diri seolah-olah menunjukkan saya menerima perkara yang tidak betul,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Padu itu turut menegaskan bahawa dia sudah pun meneruskan kehidupannya dan tidak mempunyai sebarang niat untuk kembali menjalin hubungan dengan individu terbabit.

“Sejujurnya saya tak suka membalas perkara seperti ini sebab saya percaya setiap manusia berhak mempunyai pendapat masing-masing. Betul, saya dah move on. Saya dah tak nak dia lagi dan saya tidak merancang untuk membuka semula bab yang telah ditutup.

“Moving on bukan bermaksud kita perlu berdiam diri apabila seseorang sedang mencipta cerita dan meletakkan dirinya sebagai mangsa sehingga menenggelamkan kebenaran. Tak semua orang akan faham,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement