Skip to main content

Fiq Halim Nafi Pernah Berkahwin, Akui Status Masih Bujang Kerana Belum Bertemu Jodoh - “Ini Kuasa Allah, Bukan Kuasa Kita”

Astro Gempak 456

Sekilas

  • Fiq Halim mengesahkan dirinya masih bujang dan tidak pernah berkahwin, menganggap jodoh adalah ketentuan Tuhan.
  • Fiq merancang untuk kembali aktif dalam industri muzik dengan lagu baru yang lebih mesra pasaran dan sedang bekerjasama dengan Aepul Roza untuk menghasilkan sebuah EP.
  • Fiq akan muncul dalam Konsert Trilogi bersama Aepul Roza dan Aweera pada 18 Julai di Big Pillars Hall, Astana Putra, UPM Serdang.
Advertisement

Penyanyi Fiq Halim mendedahkan dirinya masih bujang dan tidak pernah berkahwin meskipun ramai rakan seperjuangan dalam industri sudah membina keluarga.

Menurut Fiq, dia tidak pernah menyembunyikan status dirinya kerana menganggap soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

Advertisement

“Masih membujang. Tak ada rahsia apa-apa, tak pernah sorok. Memang macam ini saja,” katanya.

Mengulas mengenai rakan-rakan artis lain yang sudah berkahwin dan memiliki anak, Fiq berkata dia tidak pernah berasa kecewa dengan perjalanan hidupnya.

“Ini kuasa Allah, bukan kuasa kita. Kita merancang, hanya Tuhan yang menentukan.

“Tapi saya tak pernah rasa kecewa atau apa-apa. Serius, tak ada,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fiq yang lama menyepi daripada industri turut berkongsi perancangan untuk kembali aktif dan masih menunggu lagu baharu yang bersesuaian dengan dirinya.

“Saya tak adalah nak ikut apa yang saya nak saja. Yang penting bersesuaian (lagu).

“Tak perlulah keras sangat. Mungkin kita boleh main lagu slow rock atau yang lebih mesra pasaran supaya memudahkan saya untuk comeback,” katanya.

Menurutnya, dia juga kini sedang merancang menghasilkan karya baharu bersama Aepul Roza termasuk sebuah EP.

“Untuk lagu bertiga dalam projek Trilogi memang lagu Aepul. Lagu solo saya pun Aepul juga yang buat.

“Tapi semuanya akan dimuatkan dalam satu EP,” katanya.

Tambah Fiq, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk kembali aktif dalam industri hiburan.

“Sebelum ini saya sendiri memang ada rancangan, cuma tunggu masa dan peluang yang sesuai.

“Ada juga tawaran daripada label lain dan band lama yang ajak saya jadi penyanyi ganti, tapi saya tolak sebab bukan jiwa saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fiq bakal muncul menerusi Konsert Trilogi bersama Aepul Roza dan Aweera pada 18 Julai depan di Big Pillars Hall, Astana Putra, UPM Serdang.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement