Sekilas
- Siri premium Astro Original, Bad Cop, mula ditayangkan dengan episod pertama yang penuh debaran dan mendapat pujian atas keserasian Aiman Hakim Ridza dan Siti Saleha.
- Aiman dan Siti Saleha membawa watak polis buat pertama kali dalam karier mereka, dengan lakonan yang menonjolkan sisi autoriti dan emosi.
- Bad Cop adalah adaptasi siri jenayah Jerman 2017 yang menampilkan isu sosial seperti penipuan identiti dan penderaan rumah tangga, mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di pelbagai platform Astro.
Siri premium terbaharu Astro Original, Bad Cop sudah mula ditayangkan dan episod pertama juga membuatkan penonton berdebar.
Malah gandingan pelakon Aiman Hakim Ridza dengan Siti Saleha dalam Bad Cop ini juga menerima pujian daripada penonton yang menganggap keserasian mereka luar biasa.
Bukan itu sahaja, gandingan dua pelakon berbakat besar ini juga sebenarnya paling dinanti-nantikan selepas sekian lama tidak bergandingan dalam naskhah yang hebat itu.
Menariknya, Aiman dan Siti Saleha buat pertama kali membawa watak sebagai polis sepanjang dalam karier seni mereka.
Siti Saleha sebagai ketua polis memang nampak autoritinya, tapi apabila berdepan dengan Aiman (sebagai Emir yang berlagak jadi Imar), nampak sisi emosional yang buat penonton berdebar.
Astro Originals mempersembahkan siri premium terbaru, Bad Cop, adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman 2017 yang juga diadaptasi di India pada 2024.
Siri ini menampilkan Aiman Hakim yang membawa dua watak berbeza serta membawakan isu sosial seperti penipuan identiti dan penderaan rumah tangga dalam format case-of-the-week.
Bad Cop mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand, sooka, Astro Citra dan Astro Ria dengan arahan Jason Chong dan showrunner Kavivarmen Vigneswaran.