Skip to main content
Advertisement

Gandingan Ikonik! Wan Hanafi Su, Aziz M.Osman & Namron Bersatu Dalam Mojoku Hilang

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Wan Hanafi Su, Aziz M. Osman dan Namron bergabung dalam filem romantik komedi terbaru, Mojoku Hilang.
  • Filem ini mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula seekor lembu bernama Mojo yang menjadi rebutan penduduk kampung.
  • Mojoku Hilang diarahkan oleh Min Lim dan akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai, menampilkan pelakon seperti Adipati Dolken dan Mimi Lana.
Advertisement

Nama Wan Hanafi Su, Aziz M. Osman dan Namron sememangnya tidak asing dalam industri seni tanah air. 

Ketiga-tiga pelakon ini terkenal dengan karya hebat menerusi pelbagai filem dan drama.

Advertisement

Kini, mereka bergabung dalam filem romantik komedi terbaharu, Mojoku Hilang, sekali gus menjadi antara tarikan utama naskhah berkenaan.

Masing-masing tampil dengan karakter yang berbeza dan dijangka menyuntik warna dalam penceritaan menerusi gabungan elemen humor, emosi dan konflik.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Advertisement

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Filem arahan Min Lim itu turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement