Kalau anda penggemar kecantikan Korea, pasti nama Mediheal bukan asing lagi.
Jenama yang diiktiraf sebagai sheet mask nombor satu di Korea ini akhirnya melancarkan acara sulung mereka di Malaysia hasil kolaborasi antara Sammoor Beauty Sdn. Bhd. dan Guardian Malaysia.
Advertisement
Bertemakan 'Mediheal Lab – Our Solution, For All', jenama ini meraikan keindahan kulit melalui sains dan inovasi.
Tapi apa yang menjadikan Mediheal begitu istimewa sampai digelar No.1 sheet mask brand in Korea? Jom kita tengok!
1. Diuji Pakar Dermatologi, Dipercayai Jutaan Pengguna
Mediheal bukan sekadar jenama kecantikan bahkan ia hasil penyelidikan saintifik yang terbukti berkesan. Semua produknya diuji oleh pakar dermatologi dan disokong oleh ujian klinikal yang ketat. Tak hairanlah lebih 10 juta helaian topeng Mediheal terjual setiap tahun di seluruh dunia!

2. Inovasi PDRN: Rahsia Kulit Tegang & Muda
Acara Mediheal Lab di Kuala Lumpur memperkenalkan Siri Penjagaan Kulit PDRN – termasuk Rose PDRN Essential Mask, PDRN Lifting Pad, dan PDRN Serum.
Bahan utama PDRN (Polydeoxyribonucleotide) terkenal dengan keupayaan merangsang penjanaan semula kulit, menjadikannya lembap, tegang dan berseri seperti kulit selebriti K-beauty.
3. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Tak kisah kulit anda kering, berminyak atau sensitif, Mediheal percaya bahawa penjagaan kulit haruslah berasaskan sains dan boleh diakses semua. Setiap produk diformulasi untuk menangani masalah kulit berbeza, supaya setiap individu boleh miliki kulit sihat versi mereka sendiri.
“Kami mahu pengguna Malaysia rasai sendiri kehebatan teknologi penjagaan kulit Korea yang pintar dan berkesan,” kata Nicole, wakil Sammoor Beauty Sdn. Bhd., pengedar tunggal Mediheal Malaysia.

4. Eksklusif Hanya Di Guardian Malaysia
Mediheal kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian Malaysia, jenama farmasi & kecantikan terbesar negara dengan lebih 550 cawangan di seluruh Malaysia.
Lebih menarik, pelanggan Guardian turut menikmati promosi khas & pengalaman interaktif sepanjang acara pelancaran di Starhill.
Guardian sendiri baru-baru ini memenangi pelbagai anugerah seperti Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) dan Health & Wellness Initiative of the Year di Retail Asia Awards 2025.

5. Gabungan Sains & Gaya Hidup Moden
Mediheal membawa pendekatan baharu dalam dunia kecantikan, bukan sekadar topeng muka biasa, tetapi beauty science in a sheet. Setiap helaian direka untuk memberi hasil segera dan jangka panjang, menjadikannya pilihan utama bintang K-pop, pelajar, dan profesional muda seluruh dunia.
