Skip to main content
Advertisement

Festival

10,000 Hidangan Percuma Jadi Tarikan Festival FGV Di Hari Peneroka FELDA 2026

ASTRO GEMPAK felda

Sekilas

  • Festival FGV sempena Hari Peneroka FELDA 2026 di Bandar Pusat Jengka menawarkan lebih 10,000 hidangan percuma menggunakan produk keluaran FGV kepada pengunjung.
  • Acara dua hari itu menampilkan lebih 25 aktiviti interaktif termasuk demonstrasi masakan, pertandingan Tebar Roti Canai, dan permainan keluarga.
  • Festival juga mempamerkan pelbagai segmen perniagaan FGV serta menyediakan peluang kepada usahawan FELDA dan peneroka untuk mendaftar sebagai vendor berpotensi.
Advertisement

Lebih 10,000 hidangan percuma menjadi antara tarikan utama Festival FGV yang berlangsung sempena sambutan Hari Peneroka FELDA 2026 di pekarangan Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka, baru-baru ini.

Festival selama dua hari itu menghimpunkan warga FELDA dan masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti interaktif, demonstrasi masakan, permainan serta pameran yang memperkenalkan perjalanan hasil pertanian daripada ladang hingga ke meja makan.

Advertisement

Antara yang mencuri perhatian ialah Warung FGV apabila pengunjung menikmati hidangan bersaiz penuh seperti roti canai, nasi goreng, bihun goreng, mi goreng, burger dan ayam goreng yang disediakan secara percuma menggunakan produk keluaran FGV.

Tidak seperti kebanyakan festival yang menawarkan sampel makanan, Warung FGV memberi peluang kepada pengunjung menikmati hidangan lengkap yang disediakan oleh pengusaha tempatan, sekali gus menyokong ekonomi komuniti setempat.

Selain menjamu selera, pengunjung turut disajikan dengan lebih 25 aktiviti sepanjang festival termasuk demonstrasi masakan, pertandingan Tebar Roti Canai, sesi trivia, permainan interaktif serta Active Arcade yang sesuai untuk seisi keluarga.

Advertisement

Festival itu turut menampilkan lebih lapan reruai melibatkan pelbagai segmen perniagaan FGV, termasuk sektor perladangan, minyak dan lelemak, gula, logistik serta produk pengguna, bagi memberi gambaran lebih dekat mengenai rantaian agribisnes negara.

Dalam masa sama, FGV menyediakan reruai Vendor Relationship Management (VRM) bagi memberi peluang kepada usahawan FELDA, peneroka dan pengusaha tempatan mendapatkan maklumat mengenai proses perolehan syarikat serta mendaftar sebagai vendor berpotensi.

Kempen Beli & Menang yang menawarkan pelbagai promosi produk pengguna turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung sepanjang dua hari penganjuran festival.

Festival FGV dianjurkan bersempena sambutan Hari Peneroka FELDA 2026 yang meraikan tujuh dekad perjalanan FELDA membangunkan komuniti peneroka di seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

年饼 2026 CNY Biscuit | New Year Cookies

年饼 2026 CNY Biscuit | New Year Cookies

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement