Skip to main content

Gaya Hidup Wanita

5 Cabaran Fasa Kolostrum Yang Ramai Ibu Baharu Tak Jangka

Astro Gempak kolostrum

Sekilas

  • Fasa awal selepas bersalin sering menyaksikan ibu menghadapi cabaran seperti kolostrum yang pekat dan sukar dipam menggunakan pam biasa.
  • Ramai ibu mudah panik apabila susu keluar sedikit, walhal kolostrum memang dihasilkan dalam kuantiti kecil sesuai dengan saiz perut bayi baru lahir.
  • Inovasi seperti iLatch Wearable Breast Pump R3 Pro diperkenalkan untuk membantu aliran susu lebih lancar dan memberikan sokongan praktikal kepada ibu dalam proses penyusuan.

Fasa awal selepas bersalin bukan sekadar tempoh penyesuaian emosi dan fizikal buat seorang ibu, malah ramai sebenarnya berdepan cabaran ketika memulakan penyusuan bayi.

Antara yang paling kerap dialami ialah kesukaran mengeluarkan kolostrum, iaitu susu awal yang sangat penting untuk bayi baru lahir.

Berikut lima cabaran yang sering dihadapi ibu ketika melalui fasa tersebut:

1. Kolostrum Lebih Pekat & Sukar Dipam

Berbeza dengan susu matang, kolostrum mempunyai tekstur lebih pekat dan likat. Disebabkan itu, ramai ibu berasa kecewa apabila susu tidak keluar seperti diharapkan menggunakan pam biasa.

Menurut pakar perunding farmasi dan kesihatan, Fontaine Fong Mei Ling, fasa kolostrum memerlukan pendekatan lebih lembut dan bukan sedutan yang terlalu kuat.

“Fasa kolostrum mempunyai ciri fisiologi yang berbeza; susu lebih likat dan memerlukan rangsangan yang lebih lembut, bukannya sedutan yang lebih kuat,” katanya.

2. Ibu Mudah Panik Bila Susu Keluar Sedikit

Ramai ibu baharu menyangka pengeluaran susu yang sedikit bermaksud mereka tidak menghasilkan susu mencukupi.

Hakikatnya, kolostrum sememangnya dihasilkan dalam kuantiti kecil kerana perut bayi baru lahir masih sangat kecil.

Namun tekanan emosi dan rasa panik boleh memberi kesan kepada proses penyusuan.

3. Badan Masih Dalam Fasa Pemulihan

Dalam keadaan tubuh masih sakit dan penat selepas melahirkan anak, proses mengepam susu boleh menjadi tidak selesa jika menggunakan teknik atau alat yang kurang sesuai.

Sebab itu, ramai ibu kini mencari pendekatan lebih praktikal dan selesa untuk membantu proses penyusuan awal.

4. Risiko Saluran Susu Tersumbat

Pengeluaran susu yang tidak lancar boleh menyebabkan masalah seperti saluran susu tersumbat dan bengkak susu.

Bagi membantu isu tersebut, Mamaway Malaysia memperkenalkan iLatch Wearable Breast Pump R3 Pro yang menggunakan teknologi pemanasan terkawal bersama bio-gelombang inframerah jauh (FIR) bagi membantu aliran susu secara lebih semula jadi.

5. Ramai Ibu Perlukan Sokongan, Bukan Tekanan

Menurut Fontaine, cabaran penyusuan adalah sesuatu yang normal dan tidak sepatutnya membuatkan ibu berasa gagal.

“Penting untuk kita mengakui bahawa cabaran dalam penyusuan bayi baru lahir adalah sesuatu yang lazim.

“Dengan sokongan yang betul sama ada melalui pendidikan, bimbingan kesihatan, atau penggunaan alat yang sesuai, kebanyakan cabaran ini boleh diuruskan dan dikawal dengan berkesan,” jelasnya.

Dalam dunia keibubapaan hari ini, semakin banyak inovasi diperkenalkan bagi membantu ibu menjalani pengalaman penyusuan dengan lebih tenang, selesa dan praktikal tanpa perlu memberi tekanan berlebihan kepada diri sendiri.

Sempena sambutan Hari Ibu, Mamaway turut memperkenalkan pakej promosi khas The Ultimate Hands-Free Duo yang merangkumi pam susu iLatch R3 Pro bersama tiga helai pakaian dalam wanita tanpa jahitan pada harga RM1,559.

Anda mungkin berminat dengan

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement