Skip to main content

Fesyen

5 Fakta Menarik Bayu Somerset, Kini Rasmi Buka Butik Pertama Di Kuching

5 Fakta Menarik Bayu Somerset, Kini Rasmi Buka Butik Pertama Di Kuching

Sekilas

  • Bayu Somerset membuka butik pertama di Borneo di Vivacity Megamall, Kuching, sebagai cawangan ke-18 dan sambutan ulang tahun kelima jenama tersebut.
  • Butik ini menawarkan lebih 190 rekaan pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak serta aksesori yang diinspirasikan daripada busana tradisional Malaysia dengan sentuhan moden.
  • Bayu Somerset mensasarkan pembukaan 30 cawangan di seluruh negara tahun ini dan menerima Anugerah Aspirasi PUNB sebagai pengiktirafan dalam industri fesyen tempatan.
Advertisement

Jenama fesyen tempatan, Bayu Somerset, terus mengorak langkah apabila membuka butik pertamanya di Borneo menerusi cawangan ke-18 di Vivacity Megamall, Kuching.

Pembukaan itu bukan sekadar menambah rangkaian butik, malah menjadi simbol ulang tahun kelima jenama berkenaan yang kini mempunyai lebih 500,000 pelanggan di seluruh negara.

Advertisement

Berikut lima fakta menarik mengenai perkembangan Bayu Somerset:

1. Kuching jadi destinasi pertama di Borneo

Selepas lima tahun beroperasi, Bayu Somerset akhirnya melebarkan sayap ke Sarawak dengan pembukaan butik pertama di Kuching.

Menurut Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul Arifin, Kuching dipilih kerana permintaan pelanggan di Sarawak yang semakin meningkat.

Advertisement

"Kami sering ditanya bilakah Bayu Somerset akan membuka cawangan di Sarawak. Syukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan dan kami berharap dapat menjalinkan hubungan lebih erat dengan masyarakat di sini."

2. Bermula ketika pandemik Covid-19

Bayu Somerset ditubuhkan pada 2021 ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.

Apa yang bermula sebagai jenama fesyen dalam talian kini berkembang menjadi rangkaian butik di seluruh negara dengan lebih 500,000 pelanggan.

3. Sasar 30 butik sebelum hujung tahun

Pembukaan butik di Kuching hanyalah permulaan.

Bayu Somerset kini menyasarkan 30 cawangan menjelang penghujung 2026, termasuk pembukaan butik pertama di Sabah.

4. Angkat warisan Malaysia dalam rekaan moden

Menggunakan konsep 'Past-Forward Fashion', Bayu Somerset mengetengahkan rekaan berinspirasikan busana tradisional seperti baju kurung Kedah, kebaya dan kurung kebarung yang diberi sentuhan moden.

Jenama itu turut menawarkan pilihan saiz daripada XXS hingga 5XL bagi memenuhi keperluan pelanggan pelbagai bentuk tubuh.

5. Raih pengiktirafan PUNB

Dalam perkembangan sama, Bayu Somerset turut menerima Anugerah Aspirasi PUNB yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian syarikat dalam memajukan industri fesyen tempatan.

Cawangan baharu di Kuching menawarkan lebih 190 rekaan meliputi pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, selendang, aksesori serta pelbagai barangan eksklusif, selain promosi pembukaan termasuk tawaran beli satu percuma satu dan pulangan tunai kepada ahli.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

Must Watch Video

Advertisement