Skip to main content

Kecantikan

5 Fakta Menarik ‘Star of the East’, Mahkota Baharu Miss Universe Malaysia 2026

5 Fakta Menarik ‘Star of the East’, Mahkota Baharu Miss Universe Malaysia 2026

Sekilas

  • Miss Universe Malaysia 2026 memperkenalkan mahkota rasmi baharu bernama ‘Star of the East’ yang diinspirasikan daripada seni warisan Sarawak dan budaya Melayu.
  • Mahkota ini dihiasi batu permata merah jambu fuchsia yang melambangkan keberanian, kewanitaan, dan semangat wanita Malaysia masa kini.
  • Rekaan mahkota dibuat oleh rakyat Malaysia dan ditukang di Thailand, akan disarungkan kepada juara MUM 2026 yang akan mewakili Malaysia di Miss Universe 2026 di Puerto Rico.
Advertisement

Pertandingan Miss Universe Malaysia (MUM) 2026 membuka lembaran baharu apabila memperkenalkan mahkota rasmi terbaharu yang diberi nama ‘Star of the East’.

Diperkenalkan pada acara Preliminary Miss Universe Malaysia 2026, mahkota tersebut bukan sekadar simbol kemenangan, malah mengetengahkan identiti, seni warisan dan budaya Malaysia.

Advertisement

Presiden merangkap Pengarah Kebangsaan MUM 2026, Ayu Omar berkata rekaannya menggabungkan keanggunan seni Melayu dan keindahan budaya Timur dengan sentuhan moden.

Berikut Gempak senaraikan lima fakta menarik mengenai ‘Star of the East’.

  1. Inspirasi seni warisan Sarawak

Antara elemen paling menonjol pada ‘Star of the East’ adalah bucu tajam pada mahkota yang mengambil inspirasi daripada motif seni warisan Sarawak.

Advertisement

“Mahkota dibina penuh teliti dengan perincian bucu-bucu tajam pada mahkota diinspirasikan secara khusus daripada motif seni warisan Sarawak.

“Bahagian puncaknya pula dihiasi sebuah bintang menyinar sebagai simbol perpaduan, cita-cita dan harapan agar Malaysia terus bersinar di mata dunia.

“Kemewahan mahkota itu disempurnakan lagi dengan tatahan batu permata berwarna merah jambu fuchsia yang melambangkan keberanian, kewanitaan serta semangat wanita Malaysia hari ini,” katanya.

  1. Bintang di puncak bawa simbol tersendiri

Sesuai dengan namanya, ‘Star of the East’ turut menampilkan sebuah bintang pada bahagian puncak.

Menurut Ayu, elemen berkenaan membawa simbol perpaduan, cita-cita dan harapan agar Malaysia terus menyerlah di mata dunia.

  1. Batu permata merah jambu fuchsia

Selain reka bentuknya, mahkota itu turut dihiasi batu permata berwarna merah jambu fuchsia.

Warna tersebut dipilih bagi melambangkan keberanian, kewanitaan dan semangat wanita Malaysia masa kini.

Meskipun nilai sebenar mahkota tidak didedahkan, Ayu memberi jaminan bahan dan batu permata yang digunakan adalah daripada gred tertinggi khas buat bakal pemenang.

  1. Direka rakyat Malaysia, ditukang di Thailand

‘Star of the East’ merupakan rekaan khas ahli jawatankuasa penganjur, Abbas Ais.

Rekaan tersebut kemudiannya direalisasikan oleh pembuat mahkota dari Thailand, Maq daripada Junghuu Crown.

  1. Bakal menjadi milik juara MUM 2026

Mahkota ‘Star of the East’ bakal disarungkan kepada pemenang Miss Universe Malaysia 2026 yang akan dipilih daripada 13 finalis pada malam kemuncak Jumaat ini.

Pemenang itu seterusnya akan membawa cabaran negara ke pertandingan Miss Universe 2026 di Puerto Rico pada November depan.

Dalam pada itu, Ayu turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan Tourism Malaysia dalam menjayakan penganjuran edisi kali ini.

“Kerjasama ini bukan sahaja menempatkan Miss Universe Malaysia dalam legasi era baharu, tetapi juga menjadi platform kukuh untuk mempromosikan kebudayaan dan sektor pelancongan negara di mata dunia,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement