Sekilas
- Maglifestyle memperkenalkan koleksi Spring/Summer 26 'Serenity Blooms' yang menampilkan gaya moden, sopan dan feminin dengan palet warna pastel yang menenangkan.
- Koleksi ini diketuai oleh dua pereka wanita, Wong Yen Lee dan Wong Shiau Lee, yang menekankan keselesaan dan ekspresi diri dalam fesyen modest.
- Terdapat 23 rekaan menggunakan fabrik premium seperti double georgette dan brocade, sesuai untuk cuaca tropika dan gaya hidup wanita moden.
Maglifestyle sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam rekaan pakaian modest-fashion menerusi koleksi Spring/Summer 26 'Serenity Blooms' di pentas Fashionably Modest Asia (FMA) 2025, Pavilion Arena Damansara Heights baru-baru ini.
Koleksi ini bukan sekadar pertunjukan fesyen, tetapi sebuah interpretasi tentang keyakinan, kesopanan dan gaya wanita moden.

Di sini adalah 7 sorotan utama yang menjadikan ia antara koleksi paling menonjol di FMA:
1. Koleksi yang meraikan ketenangan & feminin moden
'Serenity Blooms' menampilkan pendekatan lebih matang dan bebas daripada trend bermusim. Fokusnya adalah pada gaya timeless yang tenang, lembut tetapi tetap anggun yang sesuai untuk wanita moden yang mahukan kesederhanaan bergaya.
Pengasas bersama, Wong Yen Lee, berkata warna pastel memberikan satu nafas segar dalam fesyen modest.
"Dengan Serenity Blooms, kami mahu memberikan wanita ruang untuk merasai kelembutan dan kekuatan dalam satu masa," ujarnya.

2. Dipimpin dua pereka wanita
Diketuai oleh Wong Yen Lee dan Wong Shiau Lee, Maglifestyle terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama sedia pakai yang mengutamakan gaya moden, sopan dan selesa.
Menurut Wong Shiau Lee, koleksi ini direka untuk menyokong ekspresi wanita tanpa mengabaikan keselesaan.
“Fesyen modest membenarkan wanita mengekspresikan keunikan diri tanpa perlu mengorbankan keselesaan," tambahnya.

3. Palet pastel identiti 'Serenity Blooms'
'Serenity Blooms' digerakkan oleh palet pastel yang memberikan aura ketenangan dan keanggunan.
Warna utama seperti merah jambu pucat, ungu kabus, hijau seafoam dan kuning buttercream digabungkan secara harmoni, menghasilkan mood visual yang lembut tetapi tetap menyerlah.
Palet ini bukan sahaja mendefinisikan koleksi, malah menjadi bahasa estetika yang melambangkan keanggunan feminin dalam fesyen modest moden.
4. 23 rekaan dengan siluet sopan & elegan
Sebanyak 23 look dipersembahkan, masing-masing menonjolkan DNA Maglifestyle yang sinonim dengan potongan longgar, aliran fabrik yang cantik dan struktur elegan.
Antara rekaan paling menyerlah ialah Seafoam Maxi Abaya dengan lengan loceng yang dramatik, Blush Chiffon Dress bertingkat dengan neckline crawl moden, serta White Wide-Leg Palazzo berpotongan tailored yang digandingkan dengan selendang dalaman.
Kesemua look dilengkapkan dengan hijab chiffon pastel dan inner scarf lembut untuk memberi keserasian penuh dalam gaya modest yang contemporary.

5. Fabrik premium
Koleksi ini menggunakan material terpilih seperti double georgette, brocade, mesh dan kapas lestari. Pemilihannya bertujuan memastikan setiap helaian selesa dipakai dalam cuaca tropika, tetap kelihatan eksklusif dan tahan lama.
Maglifestyle menekankan praktikaliti dan nilai jangka panjang dalam setiap rekaan – sesuai untuk wanita moden yang mahukan pakaian yang bukan hanya cantik, tetapi tahan lama dan versatile.
Koleksi penuh 'Serenity Blooms' boleh didapati di www.maglifestyle.com serta di butik terpilih Maglifestyle.