Skip to main content

Fesyen

5 Sebab #somerSYOKraya26 Bayu Somerset Pilihan Paling Ceria Raya Tahun Ini! Anzalna, Liza Hanim, Qistina Raisah Pun Sama Melaram

bayu_somerset

Sekilas

  • Bayu Somerset lancar koleksi Raya 2026 #somerSYOKraya26 dengan 50 corak berani dan siluet moden yang praktikal serta selesa untuk dipakai sepanjang hari.
  • Koleksi ini menampilkan konsep sedondon keluarga yang moden dan inklusif, sesuai untuk pelbagai lapisan usia dan saiz dari XXS hingga 5XL.
  • Pelancaran turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Anzalna Nasir dan Liza Hanim yang menggayakan rekaan koleksi ini, tersedia di semua outlet Bayu Somerset dan secara dalam talian.
Advertisement

Raya 2026 menyaksikan Bayu Somerset tampil dengan pendekatan lebih berani dan ekspresif menerusi pelancaran koleksi terbaharu mereka, #somerSYOKraya26. 

Dikenali sebagai jenama fesyen past-forward yang meraikan warna dan kreativiti, koleksi ini bukan sekadar pakaian perayaan, tetapi refleksi gaya hidup dan keunikan diri. Berikut lima perkara menarik yang menjadikan koleksi ini antara yang paling mencuri perhatian.

Advertisement

1. 50 corak berani

Berbeza daripada kebiasaan koleksi Raya yang cenderung bermain selamat, #somerSYOKraya26 hadir dengan 50 corak unik yang terang dan penuh karakter. Walaupun siluetnya berakar daripada budaya tempatan, penggunaan warna moden menjadikan setiap helaian tampak segar dan kontemporari.

“Bayu Somerset ialah penyatu harmoni. Walaupun siluet kami berakar daripada warisan budaya Malaysia, warna dan corak yang kami tampilkan adalah moden dan berani. Menerusi tiga kolaborasi ini, kami menggabungkan tradisi dengan seni kontemporari, menghasilkan koleksi yang meraikan warisan dan gaya masa kini,” kata Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul.

2. Siluet baharu yang praktikal & selesa

Koleksi ini memperkenalkan lebih lima siluet baharu yang direka untuk keselesaan sepanjang hari. Potongan yang kemas dan tidak terlalu terikat menjadikannya sesuai untuk aktiviti Raya daripada pagi hingga malam, tanpa mengorbankan gaya.

3. Konsep sedondon seisi keluarga

Salah satu tarikan utama #somerSYOKraya26 ialah penawaran tujuh set keluarga, menjadikan konsep sedondon lebih moden dan tidak klise. Rekaan ini membolehkan setiap ahli keluarga tampil serasi sambil mengekalkan gaya peribadi masing-masing.

4. Pilihan selebriti

Pelancaran koleksi ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti. Anzalna Nasir tampil anggun dalam Inara Kurung in Cempaka Puteh daripada koleksi Bayu Somerset x Arif Rafhan.

Sementara itu, Liza Hanim bersama anak perempuannya menggayakan set kebaya Agnes Kotabaru rona Murni Blue dan Green yang menampilkan sisi Raya mesra keluarga.

“Kami anak beranak memang gemarkan potongan dan rona warna yang ditampilkan serta sesuai untuk digayakan oleh pelbagai lapisan usia,” kata Liza ketika ditemui.

Anaknya, Masya Q, turut berkongsi bahawa potongan koleksi ini sesuai digayakan oleh mereka yang bertudung serta mempunyai sentuhan moden dan edgy.

5. Inklusif, mudah dimiliki & mesra semua

Koleksi #somerSYOKraya26 ditawarkan dalam saiz XXS hingga 5XL, menjadikannya inklusif untuk semua bentuk tubuh. Dengan harga bermula RM99, koleksi ini boleh didapati di semua outlet Bayu Somerset termasuk cawangan terbaharu di Central i-City, Shah Alam, serta secara dalam talian di www.bayusomerset.com.

Anda mungkin berminat dengan

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

(NEW) (lovito Refine) Casual Dress Button Spring/summer Apricot Dress for Women LR29A026 (Lovito Refine) Gaun Kasual Corak Butang Musim Bunga/musim Panas Aprikot untuk Wanita LR29A026

(NEW) (lovito Refine) Casual Dress Button Spring/summer Apricot Dress for Women LR29A026 (Lovito Refine) Gaun Kasual Corak Butang Musim Bunga/musim Panas Aprikot untuk Wanita LR29A026

(Refine by Lovito) Elegant Top Ruffle Cold Shoulder Backless Spring/summer Pink Top for Women LR32E057 (Refine by Lovito) Elegan Top Ruffle Bahu Dingin Tanpa Belakang Musim Bunga/musim Panas Baju Atas Merah Jambu untuk Wanita LR32E057

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement