Skip to main content

Festival

Aina Abdul, Ernie Zakri, Amir Masdi, ALPHA Bakal Serikan Gema Raya Putrajaya 2026 - "Kami Mahu Berikan Yang Terbaik"

gema_raya

Sekilas

  • Festival Gema Raya Putrajaya 2026 akan berlangsung dari 15 Februari hingga malam raya dengan persembahan artis popular seperti Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, dan Nabila Razali di PICC.
  • Acara ini menawarkan pengalaman unik iftar dan moreh di puncak bukit dengan pemandangan indah Putrajaya, selain menjadi platform untuk keusahawanan, seni budaya, dan program kerohanian.
  • Lebih 150 lot niaga telah habis dijual dengan jangkaan kehadiran sehingga 800,000 pengunjung, menjadikan festival ini antara acara Ramadan–Raya paling dinanti tahun ini.

Kemeriahan festival Aidilfitri yang pertama di puncak tertinggi bukit di Putrajaya iaitu Gema Raya Putrajaya 2026 @ PICC makin terasa!

Acara itu bakal diserikan dengan kemunculan istimewa beberapa artis popular tanah air, sekali gus menjadikan festival ini antara acara Ramadan–Raya paling dinanti tahun ini.

Festival yang dijadualkan bermula 15 Februari hingga malam raya ini dirancakkan dengan kemunculan Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali yang akan membuat persembahan pada hujung minggu terpilih.

Apa yang menarik, kesemua mereka merupakan bekas finalis yang pernah berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu.

Turut memeriahkan acara adalah Bella Astillah serta artis meningkat naik iaitu juara sulung program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia, Didie Shazry, dan kumpulan Alpha yang ditubuhkan menerusi program Big Stage Alpha.

Penganjur merangkap Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal berkata,kehadiran barisan artis popular ini dijangka menjadi tarikan utama kepada pengunjunguntuk hadir dan membeli-belah sempena menyambut bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri sepanjang tempoh 33 hari penganjuran selain pengisian kerohanian dan seni budaya.

Menurutnya, pembabitan artis bertaraf gred A yang pernah memenangi pelbagai anugerah dilihat sebagai penanda aras kelangsungan dan kejayaan penganjuran Gema Raya Putrajaya pada masa akan datang.

“Sebagai penganjur, kami mahu memberikan yang terbaik kepada semua pihak terutama kepada usahawan yang berniaga, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),” katanya.

Rayme turut menjelaskan bahawa keunikan Gema Raya Putrajaya 2026 bukan sahaja terletak pada elemen hiburan, malah diperkuatkan dengan konsep iftar dan moreh di puncak bukit yang diperkenalkan bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung.

“Pengunjung bukan sekadar datang membeli-belah atau menonton persembahan artis, tetapi turut berpeluang menikmati suasana iftar dan moreh secara santai di atas puncak bukit, sambil menikmati panorama indah Putrajaya.

“Konsep ini memberi ruang kepada pengunjung untuk berehat, ‘healing’ dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga serta rakan-rakan,” tambahnya.

Beliau berkata, pemilihan lokasi PICC sebagai lokasi utama penganjuran adalah kerana bangunan ikonik tersebut memiliki fasiliti bertaraf antarabangsa, ruang luas berhawa dingin serta kawasan luar yang sesuai untuk konsep santai dan aktiviti berbuka puasa.

Pada masa sama, Gema Raya Putrajaya juga menjadi salah satu platform strategik untuk artis mendekati peminat mereka dalam suasana Ramadan dan Syawal yang lebih eksklusif.

Gema Raya Putrajaya 2026 merupakan festival Ramadan–Raya yang dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Festival ini menggabungkan keusahawanan, seni budaya, program kerohanian serta inisiatif kebajikan komuniti, dengan penyertaan hampir 300 vendor dan jangkaan kehadiran sehingga 800,000 pengunjung.

Mengulas lanjut, Rayme memaklumkan bahawa lebih 150 lot niaga daripada hampir 300 lot telah habis terjual sejak dibuka pada Disember lalu, dan baki lot dijangka selesai dalam tempoh terdekat, sekali gus menepis dakwaan bahawa bazar Aidilfitri tahun ini tidak meriah seperti kebiasaan.

Katanya, pihak Raydiates kini giat dalam proses perbincangan dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, syarikat swasta dan yayasan sebagai rakan strategik serta penaja program.

“Nama Raydiates yang ditubuhkan pada 2023 kini mula menempa kepercayaan apabila diberi peluang mengendalikan beberapa acara besar melibatkan sektor kerajaan dan swasta,” katanya.

Sebagai rekod, Raydiates sebelum ini diberi kepercayaan mengendalikan Bazar Aidilfitri Anjung Syawal sempena Festival Ramadan Putrajaya 2025, yang berjaya menarik lebih 1 juta pengunjung sepanjang 32 hari penganjuran.

Kejayaan itu turut dirasai oleh peniaga apabila beberapa lot gerai dilaporkan mencatatkan jualan sehingga RM100,000, sekali gus menjadikan Anjung Syawal sebagai antara destinasi utama persiapan Aidilfitri di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengisian acara, jadual persembahan artis, penyertaan vendor serta aktiviti menarik sepanjang penganjuran Gema Raya Putrajaya 2026, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Gema Raya Putrajaya di www.klramadanfestival.com.my

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement