Skip to main content

Fesyen

Anuar Faizal Olah Fabrik Sari Jadi Busana Moden Lelaki - "Selesa, Ringan, Beri Aura Santai & Bergaya"

Astro Gempak anuar faizal

Sekilas

  • Pereka fesyen Anuar Faizal memperkenalkan koleksi busana lelaki Aidilfitri dengan rekaan signature menggunakan fabrik sari yang diolah semula menjadi moden dan selesa.
  • Koleksi ini menampilkan lebih 15 rekaan berpotongan loose fit yang boleh digayakan mengikut citarasa sepanjang sebulan Aidilfitri.
  • Anuar bakal membuka butik fizikal Royal Sembilan di Bangsar Shopping Centre untuk mempromosikan budaya dan rekaan tempatan dengan lebih meluas.

Pereka fesyen popular, Anuar Faizal menampilkan kelainan dalam fesyen busana lelaki sempena Aidilfitri tahun ini dengan memperkenalkan rekaan beridentiti sendiri atau signature look yang berbeza daripada kebiasaan.

Menurutnya, sambutan Aidilfitri yang berlangsung sebulan memberi ruang luas untuk mencuba gaya berbeza setiap minggu, bukan sekadar satu persalinan tradisional.

"Inspirasi koleksi terbaharu saya banyak menonjolkan kelebihan fabrik sari yang diolah semula menjadi busana moden lelaki. Selain itu, ada rekaan yang berbeza seperti blazer.

“Saya suka tonjolkan kelebihan kain sari itu sendiri, fabriknya sedap, ringan, jenis cotton mix. Koleksi kali ini lebih 15 rekaan separate pieces yang boleh digayakan ikut citarasa.

"Kalau tengok sekarang, trend semasa kini lebih menjurus kepada potongan loose fit yang bukan sahaja selesa, malah memberi aura lebih santai dan bergaya kepada pemakai,' katanya.

Anuar ditemui selepas pertunjukkan fesyen penuh estetika dan berbeza dari sebelumnya yang berlangsung di Feruni Ceramiche.

Dalam pertunjukkan fesyen busana raya itu, peminat fesyen dibawa 'menjejalah' dalam peceritaaan rekaan dan sejarah budaya tempatan untuk setiap pereka yang terlibat.

Mengulas soal harga pakaian, beliau mengakui kemunculan fesyen pantas yang murah mungkin mempengaruhi persepsi pengguna, namun menegaskan proses menghasilkan rekaan berkualiti bukan sesuatu yang mudah.

“Sebagai pereka, kita labur masa, idea, fabrik, jahitan, corak. Semuanya ada nilai. Bukan sekadar baju siap,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anuar yang juga salah seorang pengarah jenama Royal Sembilan bakal membuka butik fizikal di Bangsar Shopping Centre Ahad ini.

“Matlamat kami nak budaya Negeri Sembilan dikenali dan dipakai semua. Semua rekaan memang hasil design sendiri,” jelasnya.

Walaupun persiapan pembukaan dilakukan dalam keadaan agak tergesa-gesa, beliau optimis butik berkenaan akan menjadi platform baharu memperluas pengaruh jenama tempatan itu dalam industri fesyen tanah air.

Beliau berkata kerjasama terdahulu bersama jenama Feruni Ceramiche turut membuka ruang eksplorasi kreatif apabila mereka cuba menggabungkan elemen seni bina dan fesyen dalam satu konsep rekaan.

Katanya, kolaborasi itu juga memperkenalkan sentuhan estetika Malaysia yang penuh nilai seni seperti konsep mandi bunga dalam interpretasi fesyen moden.

“Kami merancang untuk lebih banyak kerjasama selepas ini sebab masih banyak peluang yang boleh diteroka,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Uniqlo Sweat Straight Pants

Uniqlo Sweat Straight Pants

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must-Watch Video

Advertisement