Skip to main content

Antarabangsa

Bekas Anggota Kumpulan Dragon 5 Ditemukan Lemas dalam Sungai Chao Phraya, Tenggelam dengan Beg Seberat 20KG

Mayat Taepun atau popular dengan panggilan Tae ditemukan sehari selepas teman wanitanya, Walaiphan Srinaphaphan, 42, membuat laporan polis. Dia mendakwa kekasihnya  dilaporkan hilang ketika keluar berbasikal.

Sekilas

  • Bekas anggota kumpulan Dragon 5, Thaman ‘Tae’ Taepun, ditemui meninggal dunia di Sungai Chao Phraya berhampiran Jambatan Rama VII selepas dilaporkan hilang ketika keluar berbasikal.
  • Mayat Tae ditemukan dengan pakaian berbasikal dan beg galas yang mengandungi tapak payung konkrit serta bata berongga, namun tiada kecederaan luaran jelas pada tubuhnya.
  • Pihak polis sedang menjalankan bedah siasat dan siasatan lanjut untuk menentukan punca kematian serta kaitan objek dalam beg dengan kemungkinan unsur jenayah.
Advertisement

Misteri kehilangan bekas anggota kumpulan lelaki Dragon 5 yang terkenal sekitar tahun 2000, Thaman ‘Tae’ Taepun, 46, berakhir dengan penemuan mayatnya di Sungai Chao Phraya berhampiran Jambatan Rama VII, Nonthaburi pada 7 Ogos lalu.

Mayat Taepun atau popular dengan panggilan Tae ditemukan sehari selepas teman wanitanya, Walaiphan Srinaphaphan, 42, membuat laporan polis. Dia mendakwa kekasihnya  dilaporkan hilang ketika keluar berbasikal.

Advertisement

Menurut Srinaphaphan, Tae meninggalkan kediaman mereka sekitar pukul 4 pagi pada 6 Ogos dengan menaiki basikal berwarna krim. Dia kemudian dilihat membelok ke kanan menuju ke pejabat Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT) di Jalan Rama VII, daerah Bang Kruai.

Ketika itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Non Stop itu lengkap berpakaian sukan berbasikal dan membawa beg galas berwarna hitam. Namun, dia tidak membawa telefon bimbit bersamanya dan tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan, lapor Bangkok Post.

Srinaphaphan kemudian meminta bantuan polis untuk mengesan Tae selepas menyedari kehilangan tersebut bukan sesuatu yang biasa berlaku.

Malah wanita itu juga memberitahu Tae sentiasa membawa telefon bimbit setiap kali keluar berbasikal dan akan pulang sebaik sahaja selesai melakukan aktiviti berkenaan.

Keadaan menjadi lebih mengejutkan apabila mayat Tae ditemukan pada keesokan harinya berhampiran Jambatan Rama VII. Ketika ditemui, dia masih mengenakan pakaian berbasikal yang dipakainya ketika meninggalkan rumah.

Lebih mencetuskan tanda tanya, polis dilaporkan menemukan tapak payung konkrit dan seketul bata berongga seberat keseluruhan 20.1 kilogram di dalam beg galas miliknya.
Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran yang jelas ditemukan pada tubuh penyanyi tersebut. Namun pihak berkuasa menganggarkan kematiannya berlaku lebih 12 jam sebelum mayat ditemukan.

Sementara itu, ibu Tae menegaskan anaknya tidak mempunyai sejarah kemurungan dan malah mempunyai rancangan untuk menjadi sami Buddha di Wat Sangkathan.
Menurut ibunya, segala dokumen berkaitan proses  tersebut juga sudah disediakan.

Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai punca sebenar kematian Tae, termasuk bagaimana objek konkrit tersebut boleh berada di dalam begnya.

Polis kini menjalankan bedah siasat bagi menentukan punca kematian serta menyiasat sama ada objek berkenaan sengaja dimasukkan ke dalam beg atau mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah. Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengesahkan punca sebenar kematian penyanyi berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement