Skip to main content

Kecantikan

Bukan Sekadar Nak ‘Singset’, Minuman Ini Dibangunkan Lebih Setahun Sebelum Masuk Pasaran - "50,000 Unit Terjual Bulan Pertama"

Bukan Sekadar Nak ‘Singset’, Minuman Ini Dibangunkan Lebih Setahun Sebelum Masuk Pasaran - "50,000 Unit Terjual Bulan Pertama"

Sekilas

  • ESD Global Sdn Bhd kini meluaskan perniagaan dengan melancarkan Anggun Singset Koffee, minuman gaya hidup yang fokus pada penjagaan kesihatan dalaman.
  • Produk ini mengambil masa lebih setahun untuk dibangunkan dan ditawarkan dalam dua perisa iaitu Latte dan Chocolate, menggunakan bahan seperti beras perang, quinoa, biji kopi hijau dan Garcinia Cambogia.
  • Strategi pemasaran syarikat menumpukan kepada rangkaian ejen dan stokis tanpa menggunakan selebriti, dengan sasaran membantu golongan ibu dan wanita bekerjaya menjana pendapatan tambahan.
Advertisement

Selepas membina rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri sejak penubuhannya pada 2021, ESD Global Sdn Bhd kini mengambil langkah baharu dengan meneroka segmen minuman gaya hidup menerusi Anggun Singset Koffee.

Pengurus Pemasaran ESD Global Sdn Bhd, Nurul Hidayah berkata, keputusan untuk memasuki segmen berkenaan dibuat selepas syarikat merasakan rangkaian produk penjagaan luaran yang ditawarkan sudah semakin lengkap.

Advertisement

Justeru, mereka mahu mengembangkan portfolio dengan memberi tumpuan kepada penjagaan dari aspek dalaman pula.

“Kita dah ada ‘head to toe’, maksudnya dah lengkap. Jadi kita nak cuba untuk bahagian dalaman pula, maksudnya kesihatan juga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan di Ampang, pada Ahad. 

Menurut Nurul, pembangunan produk berkenaan bukan dilakukan dalam tempoh singkat apabila proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengambil masa lebih setahun sebelum ia diperkenalkan kepada pasaran.

Antara ramuan yang digunakan termasuk beras perang, quinoa, biji kopi hijau dan Garcinia Cambogia. 

Advertisement

Produk berkenaan diperkenalkan dalam dua pilihan perisa iaitu Latte dan Chocolate bagi memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza.

“Kami sedar tidak semua orang memilih kopi sebagai minuman kegemaran. Sebab itu Anggun Singset Koffee hadir dalam dua pilihan, Latte dan Chocolate, supaya pengguna mempunyai alternatif yang sesuai dengan pilihan masing-masing.

“Paling penting, kami mahu Anggun Singset Koffee menjadi sebuah jenama yang bukan sahaja dikenali, tetapi mendapat kepercayaan pengguna dan mampu berkembang bersama rangkaian stokis serta ejen kami,” katanya.

Berkongsi mengenai penerimaan awal, Nurul memberitahu sebanyak 50,000 unit dikeluarkan untuk pengeluaran pertama dan kira-kira 30,000 unit sudah terjual kepada rangkaian ejen serta stokis ketika temu bual dilakukan. 

Menariknya, buat masa ini ESD Global belum menggunakan selebriti atau pempengaruh sebagai wajah rasmi produk, sebaliknya memberi keutamaan kepada pasukan jualan sedia ada untuk mengembangkan pasarannya secara dalam talian dan fizikal. 

Strategi tersebut turut disokong rangkaian 13 stokis di seluruh Malaysia serta ratusan ejen yang telah dibangunkan syarikat. 

Menurut Nurul, model perniagaan itu juga selari dengan matlamat syarikat untuk membuka ruang kepada golongan yang mahu menjana pendapatan tambahan termasuk ibu dan wanita bekerjaya.

“Macam kita orang pihak HQ, saya wakil HQ. Kita orang tak buat jualan sebab kita ada ‘team’.

“Kita ‘expose’ bagi mereka yang buat jualan sebab memang antara sasaran pertama pengasas adalah nak bantu golongan macam ibu, wanita-wanita kerjaya yang mungkin nak bantu suami atau nak buat pendapatan,” katanya. 

Dalam pada itu, Nurul berkata syarikat turut melihat potensi untuk membawa produk berkenaan ke pasaran luar negara, namun perkara tersebut masih dalam peringkat penelitian memandangkan setiap negara mempunyai prosedur dan keperluan berbeza sebelum sesuatu produk boleh dipasarkan. 

Anggun Singset Koffee diperkenalkan sebagai minuman harian yang praktikal untuk dinikmati sebagai sebahagian daripada rutin pengguna, seiring dengan pemakanan seimbang dan amalan gaya hidup sihat.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Caudalie Grape Water Moisturizing Face Mist | Soothes Sensitive Skin | Fragrance & Alcohol Free

Caudalie Grape Water Moisturizing Face Mist | Soothes Sensitive Skin | Fragrance & Alcohol Free

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[Official] d'Alba_Store Italian White Truffle First Spray Serum 50ml&100ml

[Official] d'Alba_Store Italian White Truffle First Spray Serum 50ml&100ml

Must Watch Video

Advertisement