Skip to main content

Gaya Hidup

Buku Pink Data Peribadi, Tak Boleh Diakses Sesuka Hati

Buku Pink

Sekilas

  • Insiden seorang wanita hamil diminta menunjukkan buku pink oleh pekerja pasar raya di Selayang mencetuskan kontroversi dan laporan polis.
  • Public Health Malaysia menegaskan buku pink mengandungi data peribadi sensitif yang hanya boleh diakses oleh pihak berkenaan dengan kebenaran pemilik.
  • Pasar raya terbabit telah memohon maaf atas kejadian tersebut selepas menerima kecaman netizen dan tindakan undang-undang.
Advertisement

Insiden tular mengenai seorang wanita hamil yang didakwa telah dianiaya oleh dua orang pekerja sebuah pasar raya sehingga diminta menunjukkan buku pink telah mencetuskan reaksi pelbagai daripada netizen.

Kejadian itu mengundang pelbagai malah ramai mempersoal tindakan kedua staf tersebut yang meminta buku pink daripada wanita berkenaan.

Terbaharu, Public Health Malaysia (PHM) tampil menjelaskan bahawa buku pink yang mempunyai maklumat kesihatan merupakan data peribadi sensitif di bawah kerangka perlindungan data peribadi di Malaysia.

Advertisement

Justeru, buku pink yang menyimpan pelbagai maklumat sulit tidak boleh diminta sesuka hati oleh mana-mana individu. Sebaliknya ia hanya boleh dilakukan pihak yang mempunyai keperluan rasmi atau mendapat keizinan daripada pemiliknya, seperti doktor, jururawat dan bidan.

Selain itu, suami atau ahli keluarga terdekat juga boleh mengakses dokumen tersebut dengan persetujuan ibu hamil bagi tujuan penjagaan dan rujukan kesihatan.

Dalam masa yang sama, PHM turut mengingatkan orang ramai supaya mempelihara buku pink dengan baik dan hanya berkongsi maklumat mengikut keperluan serta mendapat kebenaran sewajarnya.

Advertisement

Sementara itu, peguam Aminahtul Marrdiah menjelaskan bahawa maklumat kesihatan diklasifikasikan sebagai data peribadi sensitif yang dilindungi undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709),

Jelasnya, maklumat tersebut tidak boleh diakses, digunakan atau didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga termasuk premis komersial dan agensi swasta tanpa persetujuan bertulis daripada pemilik data.

Terdahulu, seorang individu mendakwa isterinya berdepan detik memalukan apabila dituduh mencuri oleh pekerja sebuah pusat beli-belah tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Lebih mengejutkan, isterinya itu turut didakwa diminta menunjukkan buku rekod kehamilan (buku pink) bagi membuktikan dirinya benar-benar hamil kerana pekerja terbabit tidak mempercayai 'baby bump' yang dimilikinya.

Individu tersebut kemudiannya bertindak membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut malah menegaskan tidak akan menarik semula laporan tersebut meskipun kes tersebut telah diselesaikan.

Terbaharu, syarikat pasar raya berkenaan  tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden yang berlaku di cawangan  mereka di Selayang.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Must Watch Video

Advertisement