Seorang remaja didakwa menjadi mangsa buli di sekolah selepas berita mengenai perkahwinan ibu bapanya yang tidak sah diketahui umum.
Lebih menyayat hati, remaja yang hanya dikenali sebagai Zaki itu sering diejek dengan ayat ‘anak haram’ & ‘anak pelacur’.
“Saya sering menjadi mangsa buli di sekolah selepas orang tahu mengenai berita tersebut. Saya tak tahu nak rasa macam mana cuma memang marah bila orang kata macam-macam lebih-lebih lagi bila mereka sentuh mengenai keluarga saya,” katanya.
Dalam pada itu, Zaki juga mengakui pernah terlibat dalam satu pergaduhan selepas tidak tahan apabila ada yang menuduh ibunya berkahwin semasa mengandungkan kakaknya.
“Saya pernah terlibat dalam pergaduhan sebab mereka kata mak saya pelacur. Saya tak tahan terus pukul budak tu.
“Saya memang marah sangat, tapi masa masuk bilik disiplin kakak saya hanya minta saya bersabar sahaja. Susah untuk saya bersabar sebab mereka dah usik keluarga saya,” ujarnya.
Zaki juga akui dia tertekan dengan isu tersebut bagaimanapun tetap mahu mempertahankan keluarganya.