Skip to main content

Gaya Hidup

The Experts: Kontrak Boleh Terbatal Sendiri? Ini Penjelasan Tun Laila

CONTRACT

Mungkin ada antara kita yang masih tidak tahu atau berlaku salah faham mengenai kontrak khususnya melibatkan situasi kontrak boleh terbatal secara automatik walaupun telah ditandatangani.

 

Menurut peguam dan pempengaruh, Tun Laila dalam kehidupan seharian, seseorang akan terikat dengan pelbagai jenis kontrak, sama ada bersama majikan, rakan kongsi perniagaan, pelanggan atau pihak ketiga.

 

Namun begitu, tidak semua kontrak yang ditandatangani adalah sah di sisi undang-undang.

 

Menerusi satu perkongsian video, Tun Laila memaklumkan sesebuah kontrak mempunyai beberapa elemen asas untuk dianggap sah.

 

Meskipun tidak menghuraikan kesemua elemen tersebut secara terperinci, dia menegaskan terdapat keadaan tertentu di mana kontrak boleh terbatal dengan sendirinya.

 

Ini bermakna, kedua-dua pihak yang terlibat tidak lagi perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang dipersetujui sebelum ini.

 

"Anda kena tahu yang contract ada beberapa elements, but I'm not going to go into the details of the element, but ada sesuatu situasi di mana contract yang anda tandatangan tu, boleh secara tiba-tiba terbatal. Contract tu boleh terbatal dengan sendirinya antara kau orang dengan orang lagi satu tu, di mana kau orang berdua dah tak perlu nak perform your duty in the contract.

 

"Contoh yang mudah. Contract antara you dengan Ali. Bukan nama sebenar. Ali dia nak you jualkan dadah untuk dia. That is the contract between you two lah, dia akan bayar kau bulan-bulan dan sebagainya.Itu adalah satu contoh contract yang akan terbatal dengan sendirinya, kenapa? Sebab perkara yang dijanjikan itu adalah sesuatu yang illegal. Sesuatu yang diharamkan dan tak dibenarkan di sisi undang-undang," katanya.

 

Mengulas dari sudut perundangan, Tun Laila memetik Seksyen 57 Akta Kontrak yang menyatakan:

 

“An agreement to do an impossible act in itself is void.”

 

Ini bermaksud, sebarang perjanjian untuk melakukan perbuatan yang mustahil atau menyalahi undang-undang adalah terbatal.

 

Tun Laila turut berkongsi istilah undang-undang “void ab initio”, iaitu kontrak yang terbatal sejak dari awal, seolah-olah perjanjian itu tidak pernah wujud.

 

Sehubungan itu, Tun Laila menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan setiap terma dan janji dalam kontrak melibatkan aktiviti yang dibenarkan undang-undang sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

 

Hal ini penting supaya kedua-dua pihak boleh melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sah, sama ada melibatkan bayaran, perkhidmatan atau jual beli sesuatu barangan.

 

Menurutnya, kontrak yang sah akan melindungi hak semua pihak dan mengelakkan sebarang masalah undang-undang di kemudian hari.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement