Skip to main content

Foodies Life

#FoodiesLife: 5 Sebab Festival Kopi Selangor 2025 Patut Korang Singgah Hujung Minggu Ini!

kopi

Budaya minum kopi kini bukan lagi sekadar trend hipster, tapi dah jadi gaya hidup sebenar dan Selangor kini muncul sebagai hab kopi paling meriah di Malaysia!

Kalau anda pencinta kopi, inilah acara yang wajib serbu tahun ni: Festival Kopi Selangor (SELCOFF) 2025, dari 17 hingga 19 Oktober 2025 di The Curve, Damansara.

Advertisement

Nak tahu apa yang menarik sangat? Jom tengok!

1. Lebih 30 Jenama Kopi Tempatan Dalam Satu Tempat

Bayangkan aroma kopi dari sembilan daerah seluruh Selangor, semua berkumpul di satu festival!

Dari roaster kecil ke jenama kafe terkenal, kau boleh rasa sendiri identiti kopi Selangor yang pelbagai.

Yang best, bukan setakat tempatan, malah pemain industri dari Vietnam, Indonesia, dan Singapura pun turut serta!

2. Barista Hebat ASEAN

Acara kemuncak festival ni ialah ASEAN Barista Championships, di mana barista terbaik Asia Tenggara akan beraksi depan mata!

Kalau selalu tengok barista ‘art latte’ kat TikTok, kali ni boleh tengok live, siap belajar teknik bancuhan dan hiasan kopi dari pakar antarabangsa.

3. Aktiviti Interaktif & Bengkel Kopi

Selain pameran kopi, SELCOFF 2025 ada bengkel, forum industri dan demo penyediaan kopi profesional.

Nak belajar teknik pour-over, cold brew atau cara grind kopi macam pro? Semua ada!
Ini peluang untuk bersembang dengan roaster sebenar dan kenal biji kopi yang sesuai dengan citarasa sendiri.

4. Konsert Malam Bersama Aizat Amdan, Bunga Isme & Tam Spider

Lepas puas rasa kopi, malam kau takkan sunyi!

SELCOFF 2025 bawakan konsert santai dengan barisan artis tempatan yang confirm buat suasana makin hangat.

Bayangkan, hirup kopi panas sambil layan suara Aizat Amdan, syahdu betul!

5. Bukan Sekadar Kopi

Festival ni bukan semata untuk kopi lovers, tapi juga untuk semua yang nak enjoy gaya hidup sihat.

Ada gelanggang pickleball percuma disediakan, sesuai untuk release stress lepas minum berpuluh cawan kopi!

SELCOFF 2025 adalah sebahagian daripada kempen 'Selangor Kan Ada', yang meraikan pelancongan gaya hidup dan gastronomi tempatan.

Dengan sasaran lebih 30,000 pengunjung, festival ni bakal jadi antara acara kopi terbesar di Malaysia.

Must-Watch Video

Advertisement