Skip to main content

Foodies Life

#FoodiesLife: Bila Kecantikan & Gastronomi Perancis Bersatu Sepanjang Ramadan Ini, 5 Fakta Menarik Tentang Kolaborasi Noir & Paul

noir-paul

Sekilas

  • Jenama kecantikan tempatan NOIR bergabung dengan boulangerie Perancis, PAUL, untuk pengalaman berbuka puasa Ramadan yang santai dan eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur.
  • Kolaborasi ini menampilkan elemen estetika Perancis yang selari dengan identiti NOIR, termasuk edisi khas Velvet Care Lipstick sebagai pelengkap gaya hidup.
  • Fokus utama adalah membina pengalaman dan hubungan jangka panjang dengan pelanggan, bukan hanya jualan produk semata-mata.

Bukan sekadar tentang berbuka atau berbelanja, Ramadan kali ini menawarkan ruang untuk memperlahankan langkah dan menikmati pengalaman yang lebih bererti, melalui gabungan rasa dan estetika. 

Semak lima fakta menarik tentang kolaborasi jenama tempatan Noir dan boulangerie ikonik Perancis, PAUL.

1. Pertemuan kecantikan dan gastronomi 
Ramadan kali ini membawa kelainan apabila jenama kecantikan tempatan, NOIR bergandingan dengan boulangerie ikonik Perancis, PAUL di Pavilion Kuala Lumpur. Kolaborasi ini menampilkan gabungan dua dunia berbeza dalam suasana yang lebih santai, intim dan berkelas, menjadikan pengalaman berbuka puasa lebih bermakna daripada kebiasaan.

2. Inspirasi Perancis yang terasa organik 
Bagi pengasas NOIR, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau Madammu, kolaborasi ini berlaku secara natural memandangkan DNA jenama itu sendiri.

“Nama NOIR sendiri berakar daripada bahasa Perancis. Jadi apabila PAUL mengajak bekerjasama, ia terasa sangat natural. Kami melihat ini sebagai peluang untuk memperkenalkan NOIR dalam suasana yang lebih experiential, bukan hanya tentang produk, tetapi bagaimana jenama ini dirasai,” katanya.

3. Pengalaman berbuka puasa yang tenang dan eksklusif
Sepanjang Ramadan, PAUL Pavilion Kuala Lumpur menjadi lokasi utama kolaborasi ini dengan menawarkan French Iftar Buffet yang diolah khas. Ia memberi ruang kepada pengunjung menikmati hidangan Perancis dalam suasana yang lebih perlahan, elegan dan teratur, sesuai untuk mereka yang menghargai kualiti dan ketenangan ketika berbuka.

4. Sentuhan kecantikan sebagai pelengkap pengalaman
Elemen kecantikan NOIR diserap secara halus melalui pengenalan edisi khas L’Amour daripada koleksi Velvet Care Lipstick yang diinspirasikan oleh estetika romantik Perancis. Ia bukan fokus utama, sebaliknya hadir sebagai pelengkap kepada keseluruhan pengalaman gaya hidup yang ditawarkan.

5. Pendekatan jenama yang berasaskan pengalaman dan hubungan jangka panjang
Menurut Madammu, kolaborasi seperti ini selari dengan hala tuju NOIR yang memberi penekanan kepada pembinaan jenama, bukan jualan secara langsung.

“Bagi kami, pemasaran bukan tentang menjual secara terus. Ia lebih kepada bagaimana orang mengenali dan mengingati jenama. Pengalaman seperti ini membantu membina kepercayaan dan relevansi,” jelasnya.

Pendekatan ini turut dikongsi oleh PAUL. Menurut Pengarah Urusannya, Jean Pierre Erba:

“PAUL sentiasa menekankan pengalaman gaya hidup Perancis yang menyeluruh. Melalui kerjasama ini, kami menggabungkan makanan, kecantikan dan ekspresi diri dalam satu pengalaman Ramadan yang lebih bermakna dan dekat dengan budaya tempatan.”

Anda mungkin berminat dengan

KITSUI Whitie Snow Probiotic Drink

KITSUI Whitie Snow Probiotic Drink

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must-Watch Video

Advertisement