Skip to main content

Foodies Life

#FoodiesLife: The Curve Jadi 'Burger Heaven'! 7 Sebab Korang Patut Singgah Burger Festival Weekend Ni

burger-fest

Ringkasan AI

  • Festival Burger 2025 akan berlangsung dari 7 hingga 9 November di The Street, The Curve, Mutiara Damansara.
  • Acara ini menampilkan jenama burger terkenal seperti Richeese Factory, JnC Burger, Pitboy BBQ, dan banyak lagi.
  • Terdapat pelbagai cabaran burger untuk pengunjung yang berani, dengan hadiah baucar burger dan hak berbangga.
  • Aktiviti mesra keluarga termasuk bengkel seni dan pertandingan mewarna untuk anak-anak disediakan.
  • Pengunjung boleh menikmati suasana meriah dengan muzik live sambil mencuba burger dari harga RM10 hingga RM40.

Bau asap grill, muzik live dan burger lejen akan kembali menggegarkan The Street, The Curve dari 7 hingga 9 November 2025, Burger Festival 2025 menjadi acara paling 'sedap' dan happening tahun ini.

Dihoskan oleh The Curve dan dikelolakan oleh AK Events, inilah tujuh sebab kenapa korang kena datang.

1. Barisan Burger lejen paling padu

Festival kali ini menampilkan jenama besar seperti Richeese Factory, JnC Burger, Double Cheese Please, dan Ten KL, bersama lineup Burger Legends hasil kolaborasi dengan ieatBurgers by FriedChillies.

Antara nama besar yang turun padang termasuk Pitboy BBQ, Pak Nik Burger, Mean Mince, Bones Burger, Kaw Kaw Burger, Burger Bakar Besar dan Burn Bite’s. Pendek kata semua lejen, semua power!

2. Pilihan dari jalanan sampai premium

Nak burger bakar tepi jalan atau gaya pastrami antarabangsa? Semua ada! Harga bermula dari RM10 hingga RM40, dan beberapa vendor tawarkan diskaun sehingga 30%. Datang lapar, balik kenyang dan bahagia.

3. Cabaran untuk paling berani

Siapa yang rasa diri champion burger? Sertai cabaran istimewa festival ini!

Eat Like A King (Richeese Factory) untuk yang paling banyak boleh bedal burger.

The Great Burger Battle (Burger Bakar Besar) untuk yang paling laju habiskan Giant Burger.

Burner Burger Challenge (Pak Nik Burger) untuk yang berani lawan pedas tahap berapi!

Hadiah? Baucar burger, of course. Dan bragging rights seumur hidup.

4. Aktiviti untuk semua, termasuk anak-anak

Bukan kaki makan saja yang boleh enjoy! Ada Little Chef Clay Art Workshop, Colour My Burger Contest, dan pelbagai aktiviti pentas interaktif untuk anak-anak. Family-friendly, fun, dan penuh warna.

5. Burger wajib cuba yang buat korang lupa diet

Nak tahu mana yang paling viral? Ni antara burger yang tak boleh dilepaskan:

Pak Nik Burger – Burger Kahwin Dua: beef + kambing + cheese leleh.

Pitboy BBQ – Pastrami Burger: smoked pastrami premium by Chef Arizal.

Mean Mince – The Motz: simple tapi padu dengan caramelised onions.

Bones Burger – The OG Beef: burger arang penuh jiwa.

Kaw Kaw Burger – Beef Baconizer: burger bertingkat, sos signature, cheese cair.

Burger Bakar Besar – Giant Smashed Burger & Zing Crispy Chicken: 500 gram keju, ayam rangup dan kepuasan maksimum.

Burn Bite’s – Burger Bakar Classic: nostalgia burger zaman dulu.

JNC Burger – Double Cheese & Streaky Burger: premium, lawa dan berperisa.

Double Cheese Please – Old School Smash Burger: klasik, crispy dan confirm repeat.

6. Suasana meriah dengan muzik & vibes chill

Festival ini bukan sekadar makan tapi satu pengalaman! Nikmati muzik live, suasana santai, dan semangat komuniti yang buat korang rasa macam lepak di “burger heaven”. Datang dengan geng atau keluarga, dua-dua confirm enjoy.

7. Info penting untuk Burger Lovers

📅 7 – 9 November 2025 (Jumaat – Ahad)
🕙 10 pagi – 10 malam
📍 The Street, the Curve, Mutiara Damansara
🎤 Anjuran: the Curve
🍔 Kelolaan: AK Events

Untuk maklumat lanjut dan senarai vendor penuh, layari @thecurve_offical di Instagram atau ikuti @lovefoodfest.my dan @friedchillies untuk video behind-the-scenes dan konten burger legend.

Must-Watch Video

Advertisement