Fenomena makanan viral sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila laksa jualan Prince Syed mendapat sambutan luar biasa hingga menjadi bualan di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun miliknya, Prince Syed sendiri mengakui terkejut dengan jumlah video dan respons yang diterima daripada pelanggan.
Advertisement
“Terkejut tengok ramainya yang buat video dan tag kami. Ramai makan laksa viral kami, Ya Allah terima kasih semua. Video terlalu banyak, kita ambil sikit letak dalam video ini,” tulisnya.
Netizen Puji
Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada pelanggan yang rata-rata berpuas hati dengan rasa laksa berkenaan.
Seorang pengguna menulis, “First day try beli. First time beli, memang sedap.”
Seorang lagi berkongsi, “Haritu saya first time beli, memang sedap ha.”
Ada juga yang mengesahkan kualiti rasa laksa tersebut konsisten, “Dah try laksa dia memang sedap.”
Ulang Beli Berkali-Kali
Bukan hanya sekali, malah ada pelanggan yang kembali berulang kali membeli. Seorang netizen berkongsi sudah membuat pesanan untuk kali ketiga kerana laksa tersebut menepati cita rasa.
Lebih mengejutkan, ada pelanggan lain yang sanggup memborong sehingga 12 bekas sekali gus.
“Alhamdulillah kami dah beli 12 bekas… nanti nak repeat lagi. Teramat sedap sangat tak puas makan,” jelasnya.