Skip to main content

Foodies Life

#FoodiesLife: Nasi Cepat Basi? Ini Rahsia Kekalkan Tekstur Lembut, Segar & Tahan Lama Setiap Kali Menanak!

tefal

Di setiap rumah di Malaysia, nasi adalah nadi meja makan. Ia hadir bersama lauk sederhana di hari bekerja, mahupun hidangan istimewa ketika perayaan.

Namun, ada satu masalah yang tidak pernah benar-benar selesai iaitu nasi yang dimasak dengan sempurna sering basi hanya selepas beberapa jam.

Advertisement

Ia bukan sekadar menjejaskan selera, tetapi juga membawa kepada pembaziran makanan yang sepatutnya boleh dinikmati bersama keluarga.

Menyedari keperluan ini, Tefal memperkenalkan Delirice Max Rice Cooker, sebuah inovasi yang memberi tumpuan kepada aspek keseharian rakyat Malaysia.

Majlis pelancarannya berlangsung dengan penuh mesra, menampilkan kerjasama bersama restoran Rasa Rosz yang dikenali kerana meraikan keaslian masakan tempatan.

Acara itu bukan sahaja tentang sebuah produk baharu, tetapi tentang bagaimana teknologi moden boleh menyokong tradisi memasak nasi yang begitu sinonim dengan identiti kita.

Suasana pelancaran terasa seperti gabungan dunia lama dan baharu, hidangan nasi terhidang di meja, disediakan dengan penuh keaslian oleh Rasa Rosz, sementara para tetamu berpeluang menyaksikan bagaimana periuk moden ini mampu mengekalkan kelembutan dan rasa nasi untuk tempoh lebih panjang.

Menurut wakil Tefal, Mr. Jack, tujuan Delirice Max adalah untuk memberi ketenangan hati kepada pengguna.

“Nasi panas dan lazat boleh dinikmati sepanjang hari tanpa basi. Ia memudahkan persiapan harian dan memberi ruang kepada keluarga untuk berkumpul tanpa terburu-buru," katanya.

Pandangan ini turut disokong oleh Datuk Seri Rozita dari Rasa Rosz yang menyatakan bahawa makanan yang baik datang daripada konsistensi.

“Kualiti tidak boleh dikompromi, dan inilah yang membantu setiap tukang masak di rumah mencapai tahap hidangan terbaik," ujarnya.

Menariknya, naratif yang dibawa bukan hanya tentang teknologi dapur, tetapi tentang bagaimana ia menyentuh gaya hidup masyarakat.

Lebih jauh, ia juga mengingatkan kita tentang kepentingan mengurangkan pembaziran. Berapa banyak kali kita terpaksa membuang nasi kerana sudah berbau masam?

Inovasi seperti Delirice Max memberi peluang kepada isi rumah untuk lebih berjimat, menjaga alam sekitar, dan pada masa yang sama menikmati setiap butir nasi dengan penuh nikmat.

Must-Watch Video

Advertisement