Skip to main content

Festival

Hujung Minggu Tak Tahu Nak Ke Mana? Zaki Yamani, Stacy, Akim, Najwa Latif Bakal Gegar Central Market

ASTRO GEMPAK fest (1)

Sekilas

  • Festival Jom Malaysia × Pesta Kita Kuala Lumpur 2026 akan berlangsung selama tiga hari dari 26 hingga 28 Jun di Central Market dengan kemasukan percuma.
  • Festival ini menampilkan lebih 40 persembahan termasuk artis popular seperti Stacy, Akim, dan Najwa Latif serta pelbagai persembahan kebudayaan dan aktiviti keluarga.
  • Acara ini juga mengumpulkan ratusan vendor tempatan dan menjadi platform pelancaran inisiatif Jom Beli Produk Malaysia, dengan sasaran lebih 100,000 pengunjung.
Advertisement

Kalau anda masih mencari aktiviti hujung minggu tanpa perlu mengeluarkan belanja, Festival Jom Malaysia × Pesta Kita Kuala Lumpur 2026 mungkin boleh dimasukkan dalam senarai.

Berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Jun di Central Market Kuala Lumpur, festival komuniti itu kembali dengan pelbagai pengisian membabitkan persembahan muzik, budaya, makanan dan produk tempatan, selain kemasukan adalah percuma.

Advertisement

Antara nama yang bakal menghiburkan pengunjung ialah Stacy, Akim, Najwa Latif, Dalia Farhana, Wani Ardy, 0108 Slatan, Zaki Yamani, Kucaimars, R.E.D. dan ramai lagi, menjadikan lebih 40 persembahan bakal berlangsung sepanjang festival tersebut.

Selain persembahan artis, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan seperti Wayang Kulit oleh ASWARA, Kompang Flashmob, Bhangra Beats, Rhythm of Caklempong serta Science Show daripada Petrosains yang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Bukan itu sahaja, festival berkenaan turut menghimpunkan ratusan vendor tempatan yang menawarkan pelbagai produk makanan, minuman, fesyen dan gaya hidup.

Advertisement

Penganjur berkata, Pesta Kita diwujudkan sebagai platform untuk meraikan kreativiti, budaya dan komuniti, di samping membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

"Melalui kolaborasi bersama KPDN menerusi inisiatif Jom Beli Produk Malaysia, kami berharap festival ini dapat menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat dengan produk serta jenama tempatan yang berkualiti.

"Pada masa sama, kami mahu memberikan impak positif kepada para usahawan dan vendor tempatan dengan membawa lebih ramai pengunjung untuk menyokong perniagaan mereka," kata wakil penganjur, Ikmal Zainal.

Festival itu turut menjadi lokasi pelancaran inisiatif transformasi Jom Beli Produk Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang dijadual berlangsung pada 27 Jun jam 8 malam.

Penganjur menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari festival berlangsung.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement