Skip to main content

Gaya Hidup

ILTIZAM PDP Terus Membuka Laluan Kerjaya Graduan Bumiputera, 807 Alumni Telah Dibentuk Sejak 2012

ILTIZAM PDP Terus Membuka Laluan Kerjaya Graduan Bumiputera, 807 Alumni Telah Dibentuk Sejak 2012
Advertisement

Program ILTIZAM Professional Development Programme (PDP) anjuran ILTIZAM by Ekuinas terus memainkan peranan dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan Bumiputera dengan menyediakan peluang pengalaman kerja, latihan profesional dan bimbingan kerjaya kepada graduan yang sedang mencari peluang untuk memulakan atau membina semula laluan kerjaya mereka. 

Sejak diperkenalkan pada 2012, program ini telah melahirkan 807 alumni sehingga akhir 2025, dengan setiap alumni membawa kisah perjalanan kerjaya yang tersendiri – daripada berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan dan underemployment, sehinggalah berjaya membina kerjaya dalam pelbagai sektor. 

Bagi tahun 2026, permohonan untuk ILTIZAM PDP 2027 akan dibuka dari 1 September hingga 30 September 2026. Membina Kerjaya Melalui Pengalaman Sebenar ILTIZAM PDP merupakan program pembangunan profesional selama 12 bulan yang menempatkan graduan Bumiputera yang layak sebagai Graduate Associates di Ekuinas, syarikat portfolio dan/atau syarikat rakan kongsi. 

Program ini menggabungkan pengalaman bekerja secara langsung melalui on-the-job training dengan latihan berstruktur bagi membangunkan kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan personal branding. 

Program ini turut berteraskan nilai HARAP – Humble, Agile, Resilient, Adab dan Professionalism. Peserta juga menerima gaji bulanan RM2,800 berserta caruman KWSP dan PERKESO, perlindungan insurans sepanjang program serta bimbingan kerjaya daripada mentor berpengalaman. 

Melalui penempatan di syarikat daripada pelbagai industri, peserta berpeluang mendapatkan pengalaman sebenar dalam persekitaran korporat serta membina jaringan profesional yang dapat membantu mereka melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya. 

Kisah Kejayaan 1 - Aini Nadia: Daripada Cabaran Kerjaya Kepada Peluang Baharu 

Bagi Aini Nadia, alumni PDP 2024, penyertaan dalam program ini menjadi titik perubahan dalam perjalanan kerjayanya. 

Selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Perniagaan dari International Islamic College (IIC), Gombak, Aini berdepan cabaran mendapatkan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan akademiknya. Beliau pernah bekerja sebagai kerani pentadbiran sebelum menjadi juruwang di MR.DIY. 

Penyertaan dalam PDP dan penempatan di bahagian Stakeholders' Interest, Ekuinas memberinya pendedahan kepada dunia korporat serta membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran profesional. 

Kini, Aini berkhidmat sebagai Growth & Operations Executive di Sehat Jobs, di mana beliau terlibat dalam pengurusan operasi, penggunaan teknologi dan pelaksanaan inisiatif pertumbuhan syarikat. 

Mengubah Pengalaman Menjadi Kemahiran- Muhammad Irfan 

Muhammad Irfan bin Mohammad Fuad, alumni PDP 2025, menyertai program selepas lebih tiga tahun melalui pengalaman underemployment dan melakukan pelbagai pekerjaan yang tidak selari dengan latar belakang akademiknya. 

Melalui PDP, Irfan membina kemahiran dalam komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan etika profesional, selain mengamalkan nilai HARAP – Humble, Agile, Resilient, Adab dan Professionalism. Penempatan on-the-job training di Al-Ikhsan memberinya pengalaman dalam jualan, pengurusan pihak berkepentingan, analisis data, acara dan jualan digital. 

Kini, selepas melalui pelbagai pengalaman kerjaya, Irfan meneruskan kerjayanya sebagai International Customer Service di Hapag-Lloyd. 


Siti Ain Basirah: Daripada Graduan Polimer Kepada Profesional Pelaburan 

Siti Ain Basirah binti Mohd Din, alumni PDP 2022, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Polimer dari UiTM Shah Alam pada 2019. 

Menerusi PDP, beliau ditempatkan di KAF Investment Funds Berhad, yang membuka peluang kepadanya untuk mendapatkan pengalaman dalam persekitaran korporat dan meneroka bidang kerjaya yang berbeza daripada latar belakang akademiknya. 

Selepas tamat program, Ain Basirah terus membina kerjayanya di KAF dan kini berkhidmat sebagai Executive dalam Jabatan Business Development & Marketing. 

Perjalanan Ain Basirah menunjukkan bagaimana PDP membuka peluang kepada graduan untuk meneroka bidang baharu, membina kemahiran profesional dan berkembang dalam kerjaya yang lebih luas daripada latar belakang akademik mereka. 


807 Alumni, Ribuan Potensi 

Kisah Aini, Irfan dan Ain Basirah mencerminkan bagaimana PDP mampu menjadi pemangkin perubahan dalam perjalanan kerjaya graduan. 

Dengan 807 alumni sehingga akhir 2025, program ini terus membina rangkaian bakat yang mempunyai pengalaman, kemahiran dan keyakinan untuk menyumbang dalam pelbagai industri. Bagi sesetengah graduan, PDP merupakan peluang pertama untuk memasuki dunia korporat. 

Bagi yang lain, ia menjadi platform untuk membina semula keyakinan selepas melalui tempoh underemployment atau kesukaran mendapatkan pekerjaan. 

Namun, matlamatnya tetap sama – membantu graduan membangunkan kemahiran yang diperlukan, mendapatkan pengalaman kerja sebenar dan membuka laluan kepada kerjaya yang lebih mampan. 


PERMOHONAN ILTIZAM PDP 2027 KINI DIBUKA 

Graduan Bumiputera yang memenuhi syarat dan berminat untuk membina kerjaya melalui pengalaman kerja serta latihan profesional digalakkan memanfaatkan peluang ini. 

• Tarikh permohonan: 1 September – 30 September 2026 
• Tempoh program: 12 bulan 
• Antara manfaat program: 
• On-the-job training selama 12 bulan di Ekuinas, syarikat porfolio dan/atau syarikat rakan kongsi 
• Gaji bulanan RM2,800 
• Caruman KWSP dan PERKESO 
• Perlindungan insurans sepanjang program
• Bimbingan kerjaya daripada mentor berpengalaman 
• Latihan kemahiran teknikal dan insaniah 
• Pendedahan kepada persekitaran kerja korporat 

Kelayakan asas: 
• Graduan Bumiputera daripada kolej atau universiti tempatan 
• Minimum CGPA 3.00 
• Berumur 30 tahun dan ke bawah 
• Tidak bekerja 
• Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 
• Bermotivasi dan bersedia untuk berkembang 

Cara memohon: 
• Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui: 
• [ILTIZAM PDP – Permohonan Rasmi] (https://iltizam-pdp.ekuinas.com.my/) 
• Permohonan dibuka dari 1 September hingga 30 September 2026. 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement