Skip to main content

Viral

Individu Undang Sebak, Beri Bantuan Servis Motor Secara Percuma Kepada Rakan Penghantar Makanan - “Saya Tahu Abang Tak Ada Rantai, Anggap Ini…”

Sebak

Sekilas

  • Seorang pakar servis motor di TikTok berkongsi kisah membantu seorang penghantar makanan yang motosikalnya rosak ketika dalam perjalanan pulang.
  • Melihat kesempitan kewangan lelaki itu, pakar servis tersebut memilih untuk membaiki motosikal secara percuma menggunakan wang infaq yang diterima sebelum ini.
  • Penghantar makanan itu sangat terharu sehingga menangis selepas menerima bantuan, manakala pakar servis turut berkongsi pengalaman dan harapan agar lelaki itu terus kuat mencari nafkah.

Tular di TikTok memaparkan momen menyayat hati seorang pakar servis motor yang membantu membaiki motosikal milik seorang penghantar makanan.

Menerusi perkongsian yang dibuat, individu yang menggunakan nama minyak hitam jalanan ini memaklumkan dirinya menerima panggilan dari seorang lelaki mengenai motor yang sedang rosak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Memang lepas pukul 5:00 pm aku akan balik rumah dulu ambil minyak hitam. Aku baru saja nak jalan ada seseorang telefon. 

“Dia cakap rantai tersangkut di spoket belakang. Aku terus minta lokasi dan segera ke sana,” kongsinya

Tambahnya, individu yang bekerja sebagai penghantar makanan itu dilihat seakan berdepan kesempitan kewangan kerana hanya memintanya untuk membantu membuka rantai motor.

“Sampai tempat kejadian, abang itu minta aku buka rantai saja dan katanya kawan akan datang tolak sampai rumah.

“Dalam hati aku, abang ini tak cukup duit. Dengan keadaan brek pad dah habis.

“Dalam dua ke tiga minit, dia telefon isteri mungkin suruh bank in duit,” ujarnya.

Melihat kepada keadaan itu, dia kemudiannya memilih untuk memberikan bantuan secara percuma dengan menggunakan sedikit wang infaq dari orang ramai yang pernah menyumbang kepadanya.

“Abang ini ada bagitahu aku yang dia baru buat dua pesanan, dapat dalam RM3.50.

“Aku pun tukar rantai apa semua dan beritahu tak payah bayar. Dia terus menangis ya Allah aku pun sekali menangis.

“Aku pakai duit infaq sebelum ini, dia betul-betul memerlukan. Semoga dipermudahkan urusan abang ini dan terus kuat mencari nafkah,” kongsinya.

Lebih meruntun jiwa apabila rakan penghantar makanan itu sebak sebelum menangis selepas mendapat bantuan tersebut.

“Sekali tengok muka dia macam Papa Zola, abang tak perlu bayar. Saya pernah alami dan saya tahu perasaan abang.

“Saya tahu abang tak ada rantai dan ini adalah rezeki abang,” kongsinya lagi.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

LANFY Nylon Universal Cable Tie Buckle-Heavy Duty Zip Ties Holder with Pin & Button Design Plastic Cable Ties Tool Fasteners Car Body

LANFY Nylon Universal Cable Tie Buckle-Heavy Duty Zip Ties Holder with Pin & Button Design Plastic Cable Ties Tool Fasteners Car Body

BOLD SIRIM 10w40 4L/3L Semi Synthetic SP Engine Oil Car 10w-40 Minyak Hitam Enjin Kereta Proton Toyota Honda Perodua

BOLD SIRIM 10w40 4L/3L Semi Synthetic SP Engine Oil Car 10w-40 Minyak Hitam Enjin Kereta Proton Toyota Honda Perodua

MOTUL 4T SCOOTER TECHNOSYNTHESE ENGINE OIL LE 10W40 MB HC-TECH EXPERT POWER 5W40 SAE 80W90 GEAR OIL

MOTUL 4T SCOOTER TECHNOSYNTHESE ENGINE OIL LE 10W40 MB HC-TECH EXPERT POWER 5W40 SAE 80W90 GEAR OIL

Must-Watch Video

Advertisement