Skip to main content

Kecantikan

Jaga Diri Bukan Bermakna Pentingkan Diri, Claire Organics Ajak Orang Ramai Utamakan Self-Care

Jaga Diri Bukan Bermakna Pentingkan Diri, Claire Organics Ajak Orang Ramai Utamakan Self-Care

Sekilas

  • Claire Organics meraikan ulang tahun ke-14 dengan tema ‘A Celebration of Self-Claire’ yang menekankan pentingnya penjagaan diri dalam kehidupan seharian.
  • Acara dua hari di 1 Utama itu termasuk bengkel kreatif menggunakan semula bekas produk dan pelancaran produk penjagaan diri baharu seperti Comforting Soothing Lotion dan Soother Body Oil.
  • Pengasas Louise Chu menyeru orang ramai agar menjadikan penjagaan diri sebagai rutin harian dan bukan hanya apabila ada masa terluang.
Advertisement

Dalam kesibukan menguruskan kerja, keluarga dan tanggungjawab harian, ada kalanya seseorang terlalu memberi perhatian kepada orang lain sehingga terlupa menjaga kesejahteraan diri sendiri.

Menyedari kepentingan itu, jenama kecantikan tempatan Claire Organics mengangkat mesej penjagaan diri menerusi sambutan ulang tahun ke-14 bertemakan ‘A Celebration of Self-Claire’.

Advertisement

Berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Oktober lalu di butik utamanya di 1 Utama Shopping Centre, sambutan tersebut menghimpunkan pelanggan, pempengaruh dan komuniti yang berkongsi minat terhadap penjagaan diri serta kelestarian alam sekitar.

Menurut pengasas Claire Organics, Louise Chu, penjagaan diri tidak sepatutnya dianggap sebagai sesuatu yang mementingkan diri, sebaliknya menjadi sebahagian daripada usaha menghargai kesejahteraan fizikal dan emosi.

“Kadangkala kita terlalu sibuk menjaga orang lain sehingga terlupa untuk menjaga diri sendiri.

Advertisement

“Bagi saya, Self-Claire merupakan peringatan bahawa menjaga diri bukan bermakna kita mementingkan diri sendiri.

“Ia tentang memperlahankan rentak kehidupan, berbuat baik kepada diri sendiri dan memberikan kasih sayang yang selayaknya kita terima,” katanya.

Menariknya, sambutan berkenaan turut mengetengahkan aktiviti kreatif menerusi bengkel menghasilkan semburan pewangi ruang secara percuma menggunakan semula bekas produk Claire Organics yang telah kosong.

Inisiatif tersebut bukan sahaja memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung, malah menggalakkan amalan penggunaan semula bahan bagi mengurangkan pembaziran.

Dalam masa sama, Claire Organics turut memperkenalkan beberapa produk penjagaan diri baharu termasuk Comforting Soothing Lotion, Lemongrass Calming Scrub, Lemongrass Calming Soap dan Soother Body Oil.

Pengenalan Soother Body Oil juga menjadi antara tarikan utama susulan kejayaan produk terdahulu, Soother Balm yang menurut jenama berkenaan telah mencatatkan jualan terkumpul melebihi sejuta unit serta menerima pengiktirafan ASEAN Records.

Selain pelancaran produk, pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti termasuk cabutan bertuah dan pengenalan awal set hadiah sempena sambutan Krismas.

Bagi Louise, sambutan ulang tahun kali ini bukan sekadar meraikan perjalanan jenama selama 14 tahun, tetapi turut menjadi peluang menyampaikan mesej bahawa setiap individu berhak meluangkan masa untuk diri sendiri.

Dia berharap lebih ramai orang dapat menjadikan penjagaan diri sebagai sebahagian daripada rutin harian, bukan hanya apabila mempunyai masa terluang.

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Must Watch Video

Advertisement